Soalan Lazim

Untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan kemasukan ke Politeknik bagi pemohon lepasan SPM boleh membuat permohonan kemasukan melalui UPU Online yang biasa dibuka dari bulan Februari hingga April setiap tahun. Ambilan bagi kemasukan Disember pula dibuka dari September hingga Oktober melalui Portal Rasmi Politeknik iaitu http://ambilan.mypolycc.edu.my/

Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.60.

TIDAK. Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang bernaung di bawah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Work Based Learning adalah suatu kaedah pembelajaran yang melibatkan pelajar di industri secara langsung. Kaedah ini akan membolehkan pelajar mempelajari kursus-kursus tertentu secara langsung dari industri. Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran terus dari industri dengan bantuan tenaga pengajar dari institusi dan industri.

PMBS menawarkan dua program iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Kewangan dan Perbankan.

Tidak, PMBS tidak menawarkan kemudahan penginapan kepada pelajar. Namun, terdapat tempat untuk sewaan pelajar berhampiran dengan PMBS. Walaubagaimanapun, PMBS telah berusaha menyenaraikan contact person pihak yang ada menyediakan kemudahan rumah atau bilik sewa berdekatan dengan PMBS. Nombor yang boleh dihubungi boleh disemak di dalam portal berikut https://www.pmbs.edu.my/v3/index.php/info-rumah-sewa-dan-bilik-sewa-di-betong

YURAN PENGAJIAN : RM200 Setiap Semester.

BAYARAN PELBAGAI : Anggaran RM600.00 bagi pelajar semester pertama sahaja.

BIASISWA/PINJAMAN Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Yuran Pengajian (RM200.00) dibayar melalui Perbankan Internet / Mesin ATM / Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB atas nama POLITEKNIK KPT. Bayaran Yuran Pelbagai (RM300) merujuk kepada kepada ketetapan Politeknik PMBS (untuk maklumat lanjut, sila hubungi no.telefon seperti tertera dalam surat tawaran) dibayar semasa Hari Pendaftaran. Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Politeknik tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran. Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu sebelum lapor diri di Politeknik. Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai bukti pembayaran.

Pihak politeknik tidak menyediakan bantuan kewangan / pembiayaan sepanjang pengajian di Politeknik. Walau bagaimanapun, PTPTN menawarkan pinjaman di peringkat Diploma. Di samping itu, pihak penaja seperti JPA, Yayasan Negeri dan lain-lain badan korporat sedia menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar Politeknik yang berkelayakan. Pihak politeknik membantu dalam menguruskan permohonan pinjaman dan sebagainya.

A comprehensive approach to organizing and operating an education system that is focused in and defined by the successful demonstration soft learning sought from each student.

Blended learning merupakan kaedah pembelajaran yang mana mengabungkan antara pembelajaran tradisional dan penggunaan teknologi komunikasi seperti Internet untuk tujuan pembelajaran.