Perutusan Pengarah

Pengarah PMBS, Encik Suhaili Bin Aleh

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

   Selamat datang dan selamat melayari portal rasmi Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS). Portal ini merupakan saluran untuk memperkenalkan politeknik ini serta hala tuju misi dan visi PMBS kepada masyarakat umum. Ianya bertujuan untuk menyebarkan maklumat umum berkaitan institusi, program yang ditawarkan serta fasiliti dan kemudahan yang disediakan serta turut menjadi platfom untuk semua warga PMBS.
 

   Program pengajian yang ditawarkan di PMBS dapat menyediakan pelajar mengharungi cabaran melalui pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional dalam era perubahan global ini, sekaligus menjadi medium penting dalam mencetus modal insan Negara yang bertaraf professional, berkaliber dan cemerlang demi merealisasikan agenda Negara dalam arus TVET 4.0. Justeru itu, ketahuilah kami dengan lebih dekat lagi terutama tentang program-program yang ditawarkan, syarat-syarat kemasukan dan kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan. Harapan saya Portal PMBS ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah kepada pengunjungnya serta merupakan pintu utama kepada perkembangan TVET semasa.
   

   Saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana Portal Politeknik METrO Betong Sarawak telah berjaya ditambah baik. Diharap dengan adanya Portal versi baru ini akan menjadi medium interaksi maya dan perkongsian maklumat yang bermanfaat buat pengunjung sekalian.
   

   Akhir kata, saya selaku pengarah Politeknik METrO Betong Sarawak amat mengalu-alukan anda untuk memberikan maklumbalas, pandangan serta cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti serta mutu PMBS untuk merajui agenda Negara dalam TVET 4.0. Selamat melayari portal dan media social rasmi ini.
Sekian terima kasih.

 

Suhaili Bin Aleh
Pengarah
Politeknik METrO Betong Sarawak