PMBS Top Banner 2023

PAMERAN INOVASI & KREATIVITI KELAB BAHASA INGGERIS

Pameran Inovasi dan Kreativiti Kelab Bahasa Inggeris telah diadakan di Sri METrO Gemilang, Politeknik METrO Betong Sarawak. Pameran ini telah melibatkan pelajar semester 2 dan 3 Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Kewangan & Perbankan.

Pameran yang dianjurkan oleh Unit Pengajian Am (Bahasa Inggeris) telah diketuai oleh Encik Qastari Syamim dan dibantu oleh Encik Gregory Evan anak Nanson. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada panel penilai iaitu Encik Fattah Hamden, Encik Syukri dan Puan Clarina Rehat atas penglibatan dalam membuat penilaian pelajar.

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi idea produk di samping mempraktikkan kemahiran mempromosi dan membentang produk dalam Bahasa Inggeris. Kemahiran ini adalah amat penting untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam komunikasi serta mengaplikasi kemahiran pemikiran kristis melalui pembentangan produk.

 

271542013 418509096733930 4663435132962974595 n

270237594 418505446734295 3653034135238537217 n

 

270154160 418505863400920 9083694246319958745 n

 

270053389 418505756734264 2685132188528564934 n

 

269625266 418505496734290 5839699419618598924 n

 

Disediakan oleh

Puan Clarina Rehat

Ketua Komunikasi Korporat

Kalendar

« April 2024 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30          

Soalan Lazim | Peta LamanPenafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Untuk paparan terbaik, adalah disyorkan pelayar Google Chrome v59.+ and Mozilla Firefox v54.+ dengan resolusi 1920 x 1200 piksel.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 - 2024 Politeknik METrO Betong Sarawak. Designed by JoomShaper

Essential SSL