Unit Perpustakaan

Pengenalan

Perpustakaan merupakan suatu tempat, berupa sebuah ruangan atau gedung yang berisi buku-buku dan bahan-bahan lain untuk bacaan, pelajaran mahupun rujukan.

 

Peratuaran-Peraturan Di Perpustakaan PMBS

  1. Pengguna Perpustakaan mestilah sentiasa mempamerkan tanda pengenalan diri semasa berada di dalam perpustakaan iaitu "KAD MATRIK"
  2. Sila matikan nada dering telefon bimbit anda atau tukarkan kepada mode "vibrate" ketika berada di dalam perpustakaan supaya tidak mengganggu pelajar lain.
  3. Tidak dibenarkan membawa keluar bahan rujukan dari perpustakaan tanpa proses pinjaman. Segala pengeluaran bahan yang tidak sah (curi) akan diambil tindakan sewajarnya.
  4. Tidak dibenarkan membawa masuk buku-buku peribadi. *Jika perlu dibawa masuk, sila dapatkan kebenaran daripada petugas kaunter. Payung, Jaket, Beg, Topi keledar, pisau dan gunting.
  5. Dilarang membuat bising, membuang sampah merata-rata, berdua-duaan di tempat sunyi, merokok, mengubah kedudukan kerusi dan meja. Dilarang juga mengoyak, menconteng bahan bacaan atau rujukan.

 

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
opening hour

 

Khidmat Pelanggan Perpustakaan PMBS

Peraturan 

AHLI perpustakaan yang telah BERDAFTAR mestilah:

  1. Mesti MENGGUNAKAN KAD PELAJAR
  2. Had pinjaman buku untuk seorang pelajar(Diploma) adalah 3 buah buku dalam masa 2 minggu.
  3. Had pinjaman buku untuk pensyarah adalah 5 buah buku dalam masa 1 bulan(Pensyarah Tetap).
  4. Had pinjaman buku untuk pensyarah adalah 3 buah buku dalam masa 1 bulan(Pensyarah Kontrak).
  5. Had pinjaman buku untuk pensyarah adalah 3 buah buku dalam masa 1 bulan(Pensyarah Sambilan).
  6. Had pinjaman buku untuk staf sokongan akademik PMBS adalah 3 buah buku dalam masa 1 bulan.

 

Jumlah Pinjaman Buku

Khidmat Pelanggan

 

BILIK MENGKAJI

Peraturan Bilik Mengkaji PMBS:

  1. Sila daftar di kaunter perpustakaan untuk mendapatkan kebenaran.
  2. Tempoh penggunaan bilik mengkaji 2 jam sahaja.
  3. Pastikan minimum 4 orang – maksimum 6 orang sahaja.
  4. Tempahan hanya boleh dibuat sehari sebelum penggunaan.
  5. Jangan ubah kedudukan peralatan meja / kerusi / white board.
  6. Dilarang membuat bising / membawa makanan & minuman.
  7. Pastikan buku, alat tulis dan komputer riba anda dibawa  keluar dari bilik  ini KECUALI MARKER PEN  dan PEMADAM PAPAN TULIS selepas menggunakan bilik ini.
  8. Bilik hendaklah sentiasa dalam keadaan KEMAS dan BERSIH.

 

BILIK TAYANGAN

Peraturan Penggunaan Bilik Tayangan/ Seminar PMBS.

  1. Sila dapatkan kebenaran dan mengisi Buku Rekod Penggunaan bilik tayangan / studio perpustakaan di kaunter perpustakaan untuk tujuan tempahan / penggunaan  bilik ini.
  2. Bilik ini dapat menampung seramai 15 orang pengguna.
  3. Membawa masuk kerusi tambahan ke dalam bilik ini tidak dibenarkan.
  4. Tempahan bilik ini hendaklah dibuat sehari sebelum tarikh ianya digunakan .
  5. Pengguna hendaklah menggunakan bilik ini pada waktu yang telah ditetapkan sahaja. Tempahan bilik dianggap batal sekiranya ia tidak digunakan pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.
  6. Pihak perpustakaan hanya menyediakan LCD/skrin dan peralatan audio (speaker dan microphone) sahaja.
  7. Pengguna dilarang makan / minum atau menayangkan tayangan yang menyalahi  peraturan
  8. Pihak perpustakaan berhak menarik balik penggunaan bilik tayangan ini sekiranya pengguna didapati tidak mematuhi  peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas.

 

LOKER

Peraturan Penggunaan Kabinet Perpustakaan PMBS

  1. Semua pelajar DIWAJIBKAN  meninggalkan beg di dalam kabinet yang telah disediakan.
  2. Setiap pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran daripada staf yang bertugas di depan kaunter perkhidmatan terlebih dahulu untuk menggunakan kabinet perpustakaan.
  3. Setiap pelajar hendaklah memastikan nombor kunci  kabinet adalah betul sebelum mencatat dalam Buku Rekod Penggunaan Kabinet.
  4. Selepas menggunakan kabinet, setiap pelajar hendaklah mengembalikan kunci kabinet mengikut nombor kunci kabinet yang telah direkodkan.

 

SUDUT IT

Peraturan Sudut IT Perpustakaan PMBS

  1. Mempamerkan kad pelajar dan menjaga sahsiah rupadiri pelajar.
  2. Pastikan meja komputer sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
  3. Tidak dibenarkan mengubah keadaan komputer, kabel dan peralatan lain.
  4. Makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa masuk.
  5. Pelajar hanya dibenarkan mencetak pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang.
  6. Chatting, melayari laman lucah dan laman negatif adalah di tegah.
  7. Tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan dari sudut IT.
  8. Semua pengguna dilarang sama sekali untuk mengubah setting seperti Wallpaper , Control Panel , Taskbar dan Start Menu yang telah ditetapkan.
  9. Permainan komputer dan menonton cerita tidak dibenarkan.
  10. Pengguna hanya dibenarkan menggunakan komputer selama 1 jam. Pelajar dikehendaki untuk mendapat kebenaran semula dari staf yang bertugas di kaunter perkhidmatan jika ingin meneruskan penggunaan.
  11. Komputer terhad untuk 1 pelajar.
  12. Pengguna tidak dibenarkan untuk membuat password user sendiri dan install sebarang perisian komputer di komputer yang diguna.
  13. Pelajar tidak dibenarkan untuk menyimpan data atau dokumen di dalam komputer.