
Kandungan terbitan daripada:
Unit Komunikasi Korporat PMBS

Kandungan terbitan daripada:
Unit Komunikasi Korporat PMBS
Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) telah mula beroperasi pada bulan November 2012 dengan bilangan staf seramai 18 orang. Walaubagaimana pun, operasi sementara berpusat di Kampus Politeknik Kuching, Sarawak, Jalan Matang sehingga 19 Februari 2013.sebelum berpindah ke kampus tetap di Betong dan telah memulakan pengambilan pertama pelajar pada Jun 2013.
PMBS merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (Local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.
Penubuhan Politeknik METrO Betong Sarawak adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO Betong Sarawak akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance Learning (OVDL) dalam kerangka e-Learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.
PMBS mempunyai 2 buah Jabatan Akademik iaitu:
• Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti
• Jabatan Perdagangan
dan PMBS juga mempunyai 1 Jabatan Sokongan iaitu:
• Unit Pengajian Am
PMBS menawarkan program Diploma Kewangan dan Perbankan dan Diploma Pengurusan Pelancongan.
Kandungan terbitan daripada:
Unit Komunikasi Korporat PMBS
AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976
POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK akan menguatkuasakan semua kaedah-kaedah yang terkandung dalam Akta 147 Akta Institusi-Instirusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 bermula pengajian Sesi Jun 2019.
Keingkaran pelajar mematuhi semua arahan yang ditetapkan oleh akta ini atau arahan pihak institusi boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK
Muat turun Akta 174
Untuk pertanyaan dan pengambilan pelajar, boleh hubungi:
Unit Hal Ehwal Pelajar
Tel: 083-472676 Sambungan: 116
Emel: kuhep.pmbs@gmail.com
Politeknik METrO Betong Sarawak,
1-12 Fasa 2, Bandar Baru Betong,
Jalan Baru Betong,
95700 Betong,
Sarawak.
Tel: 083-472676
Fax: 083-472991
Emel: adminpmbs@pmbs.edu.my
Laman Web: www.pmbs.edu.my
Tarikh Kemaskini: 10 Julai 2026