PMBS Top Banner 2023

APLIKASI ATAS TALIAN

  spmp pmbs   Icon SPOT Me   ikonvo icon   HRMIS 20  
  Jabatan Akauntan Negara   GPKI   SPPA.jpg   MYMOHESpsdEE  
  SPMP1   LMS PMBS   sharepoint.jpg   i konvopsdEE  
  OPAC   EKSA   Icon e Aduan UPS   Icon e Helpdesk ICT  
  Icon e Tempahan Kenderaan
  EKSA
  Icon DSPACE
  EKSA

 

KOLEKSI PENERBITAN

 

Koleksi E-Buletin
   

photo koleksi ebook

Koleksi E-Book

STATISTIK SEMASA

STATISTIK SEMASA

288
Enrolmen Pelajar Sesi Semasa
864
Pelajar Graduan
2
Program Diploma
43
Jumlah Staf

Picture1

 

 

SOALAN LAZIM
PENGAMBILAN PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI 2023/2024

 

1. Bilakah pengambilan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti?
Ijazah Sarjana Muda : Sekali setahun (Sesi Akademik I 2023/2024
Diploma dan Sijil : Dua kali setahun (Sesi I 2023/2024 dan Sesi II 2023/2024)

2. Berapa bilangan Politeknik dan Kolej Komuniti?
Politeknk 36
Kolej Komuniti 105

3. Siapakah yang layak memohon ke Politeknik dan Kolej Komuniti? Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas dan memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan.
Rujuk : http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp untuk semakan.

4. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan kemasukan?
Sesi I 2023/2024:
Bagi lepasan SPM 2020, 2021 dan 2022 permohonan kemasukan melalui Web http://upu.mohe.gov.my
Tarikh tutup : 9 Jun 2023
Bagi lepasan SPM 2019 ke bawah, Lulusan Sijil yang diiktiraf MQA, Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, Lulusan APEL. Permohonan melalui
Web http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 28 Mac 2023 - 9 Jun 2023
Maklumat lanjut layari http://ambilan.mypolycc.edu.my atau hubungi kami di talian 03-88883837 (waktu pejabat) / 019-8683738 (Whatsapp sahaja)

5. Apakah syarat kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Sistem Semakan Syarat Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti untuk lepasan SPM : http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

6. Apakah program yang ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti?
POLITEKNIK

i. 7 program Sarjana Muda
ii. 1 program Asasi TVET
iii. 74 program Diploma
iv. 5 program Sijil Kemahiran (Pelajar Ketidakupayaan Pendengaran)

KOLEJ KOMUNITI

i. 17 program peringkat Diploma
ii. 39 program peringkat Sijil
iii. 1 program Sijil Asas Kolej Komuniti (masalah pembelajaran) Maklumat anjut sila layari : http://ambilan.mypolycc.edu.my

7. Bilakah tarikh pendaftaran pelajar bagi Sesi I 2023/2024?
Tarikh pendaftaran bagi Sesi I 2023/2024 bagi Program Sijil dan Program Diploma bermula pada 21 Ogos 2023.
Bagi program Asasi TVET akan bermula pada 24 Julai 2023

8. Berapakan yuran pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti?
Yuran pengajian bagi semua program di Politeknik dan Kolej Komuniti adalah sebanyak RM200.00/semester

9. Adakah Politeknik dan Kolej Komuniti menyediakan asrama kepada pelajar?

Politeknik : Penginapan/asrama terdapat di semua Politeknik kecuali di Politeknik Melaka, Politeknik Kuala Terengganu, Politeknik METrO Kuala Lumpur, Politeknik METrO Kuantan, Politeknik METrO Johor Bahru, Politeknik METrO Betong Sarawak dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

Kolej Komuniti : Penginapan/asrama hanya terdapat di 6 buah Kolej Komuniti sahaja iaitu di KK Jelebu, KK Gerik, KK Rompin, KK Segamat 2, KK Paya Besar, dan LTA @ KK Langkawi.

10. Adakah Politeknik dan Kolej Komuniti menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar?

Politeknik : Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
Calon boleh memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Rujuk portal https://www.ptptn.gov.my atau
hubungi PTPTN di talian 03-88706835

Kolej Komuniti: Program Sijil
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti RM1800/semester kepada yang layak) Permohonan pembiayaan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah kepada calon B40) yang berkelayakan (memenuhi syarat pembiayaan). Sila rujuk Kolej Komuniti berkenaan.

11. Jika gagal mendapat tawaran melalui UPU, bagaimanakah cara untuk membuat rayuan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Permohonan melalui UPU (SPM 2020,2021 & 2022)
Rayuan ke Politeknik : Rayuan boleh dibuat melalui web rasmi UPU
https://upu.mohe.gov
Rayuan ke Kolej Komuniti : melalui portal rasmi ambilan POLYCC
http://ambilan.mypolycc.edu.my 

Permohonan melalui eBorang (SPM 2019 dan tahun sebelumnya serta sijil berkaitan) Isi rayuan pada eBorang

12. Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan pertukaran institusi/program pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
i. Layari portal http://ambilan.mypolycc.edu.my klik semakan mulai 8 Julai 2023
ii. Klik saya menolak tawaran ini dan pilih no. 8. Isi rayuan di portal ambilan.
iii. Keputusan berdasarkan kepada kekosongan, jika tiada kekosongan, calon akan ditempatkan pada Sesi II 2023/2024.
iv. Pelajar yang telah mendaftar, rujuk pegawai pengambilan pelajar di Politeknik atau Kolej Komuniti yang telah anda mendaftar.
Tawaran asal adalah terbatal dan permohonan ke program lain bergantung kepada kekosongan.

13. Saya ditawarkan ke Kolej Komuniti tetapi ingin memohon ke Politeknik
i. Layari portal http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 8 Julai 2023.
ii. Klik semakan keputusan.
iii. Klik saya menolak tawaran
iv. Pilih Pilihan 1
v. Isi borang permohonan ke Politeknik melalui eSemakan Politeknik (link seperti di portal ambilan)
vi. Keputusan berdasarkan kepada kekosongan. Jika tiada kekosongan calon akan ditempatkan pada Sesi II 2023/2024.

14. Calon ditawarkan ke UA tetapi ingin memohon ke Politeknik
i. Layari portal ambilan UA tersebut.
ii. Klik tidak bersetuju dengan alasan
iii. Isi borang permohonan ke Politeknik melalui eSemakan Politeknik (link seperti di portal ambilan)
iv. Keputusan berdasarkan kepada kekosongan. Jika tiada kekosongan calon akan ditempatkan pada Sesi II 2023/2024.

15. Bagaimana cara pengisian ruangan no kad pengenalan di maklumat bapa/penjaga jika bapa saya bukan taraf warganegara?
Ruang tersebut hanya menerima maklumat ibu/bapa/penjaga bertaraf warganegara dan mempunyai no kad pengenalan/Mykad. Oleh itu, kemukakan maklumat penjaga lain yang mempunyai hubungan keluarga terdekat sahaja. Pastikan penjaga lain tersebut mempunyai no kad pengenalan/Mykad.

16. Jika saya GAGAL SPM, bolehkah saya memohon ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Rujuk syarat permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti. Layari portal ambilan http://ambilan.mypolycc.edu.my

17. Mengapa GAGAL rayuan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Rayuan bergantung kepada syarat kemasukan dan juga kekosongan tempat.

18. Bagaimanakah cara untuk tangguh urusan pendaftaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?
Urusan tangguh pendaftaran boleh dibuat di Politeknik atau Kolej Komuniti yang telah ditawarkan kepada calon.

19. Bilakah tarikh semakan rayuan kemasukan bagi Sesi I 2023/2024?
Bagi rayuan yang dibuat melalui UPUOnline, semakan rayuan berdasarkan kepada pengumuman dari UPU. Bagi permohonan rayuan melalui borang POLYCC, di portal ambilan http://ambilan.mypolycc.edu.my

20. Apakah tindakan yang perlu dilakukan setelah mendapat tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?
Calon perlu membuat pengesahan SETUJU TERIMA di http://ambilan.mypolycc.edu.my dalam tempoh 7 hari dari tarikh tawaran dikeluarkan.

21. Bagaimanakah cara untuk menolak tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?

Calon perlu klik butang TOLAK TAWARAN di portal ambilan http://ambilan.mypolycc.edu.my

22. Adakah terdapat kesan jika saya menolak tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?
Tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti akan terbatal dan calon perlu memohon atau membuat rayuan semula ke Politeknik atau Kolej Komuniti yang ingin dipohon.

23. Bagaimanakah cara untuk menghubungi Politeknik atau Kolej Komuniti?
Maklumat lanjut sila hubungi :
i. Talian pejabat : 03-88883837
ii. Melalui Wasap : 019-8683738
iii. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
iv. Hubungi Politeknik atau Kolej Komuniti terdekat (rujuk direktori) Direktori Politeknik http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/indexasp?pg=politeknik
Direktori Kolej Komuniti http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/indexasp?pg=kk

24. Apakah laluan kerjaya bagi lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti?
i. Sambung pengajian ke Politeknik / MTUN / UA
ii. Bekerja
iii. Usahawan / Job Creater

25. Adakah semua program di Politeknik dan Kolej Komuniti perlu ditemuduga?
TIDAK. Hanya program-program di bawah sahaja bertemu duga :
POLITEKNIK
Diploma Kejuruteraan Perkapalan
Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat Diploma Rekabentuk Grafik
Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian Diploma Rekabentuk Industri
Diploma Reka Bentuk Kraf Diploma Reka Bentuk Fesyen Batik
KOLEJ KOMUNITI
Diploma Dandanan Rambut Diploma Diploma In Culinary Arts Diploma In Architectural Technology
Diploma In Sound & Lighting Technology
Diploma In Rail Signalling And Communication Technology

26. Bolehkah saya memohon UPU sedangkan saya belum mendapat keputusan SPM lagi?
Setelah memperoleh keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan khas ditetapkan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
Selepas 5 hari keputusan diumumkan, pilihan program yang dipaparkan dalam pilihan program pengajian UPU adalah yang layak sahaja akan dipaparkan dalam UPU berdasarkan keputusan SPM dan syarat kemasukan program pengajian.

27. Berapakah had umur minimum sekiranya ingin membuat permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Had umur minimum adalah 18 tahun (Lepasan SPM)

28. Adakah calon boleh mengisi borang permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti atau isi salah satu sahaja?
Calon boleh mengisi permohonan bagi kedua-dua institusi kerana borang permohonan kemasukan yang digunakan adalah berbeza.

29. Bilakah tarikh akhir pembayaran yuran pengajian dan yuran penginapan asrama?

Segala pembayaran yuran perlu diselesaikan sebaiknya seminggu sebelum hari pendaftaran pelajar Politeknik atau Kolej Komuniti tersebut.

30. Pendaftaran dan pembelajaran untuk Sesi I 2023/2024 ini akan dibuat secara bersemuka atau atas talian?
Sila layari portal rasmi atau hubungi Politeknik atau Kolej Komuniti yang berkenaan bagi maklumat lanjut.

31. Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih dalam UPU?
Anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda perlu mengemukakan rayuan.

32. Program Sarjana Muda yang ditawarkan hanya sepenuh masa atau separuh masa dan berapa lama tempoh pengajian?
Program ini hanya ditawarkan secara sepenuh masa sahaja dan tempoh pengajian selama 4 tahun. Walau bagaimanapun, calon boleh membuat pindahan kredit jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

33. Berapakah yuran pengajian bagi Program Ijazah Sarjana Muda di Politeknik?

Yuran pengajian bagi Program Sarjana Muda Politeknik adalah sebanyak RM200.00 bagi setiap semester.

34. Bagaimanakah cara untuk memohon Program Sarjana Muda jika senarai diploma politeknik tiada dalam senarai borang permohonan?
Calon perlu rujuk semula syarat khas program di portal http://ambilan.mypolycc.edu.my Jika program lepasan diploma yang dimiliki tiada dalam senarai, calon boleh mengemukakan salinan diploma/transkrip ke BAPP.

35. Sekiranya saya bukan lulusan diploma politeknik, adakah saya layak memohon ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik?
Tidak layak memohon kerana program ini hanya untuk lulusan Diploma Politeknik sahaja.

36. Program Sijil di Kolej Komuniti bersamaan SKM tahap berapa?
Sijil Kolej Komuniti adalah setara dengan SKM tahap 3. Program sijil di Kolej Komuniti mendapat akreditasi penuh oleh MQA.

37. Bagaimanakah cara untuk mengetahui sama ada calon akan ditawarkan program atau tidak berdasarkan merit.
Keputusan adalah berdasarkan merit tertinggi calon yang memohon program tersebut dan kekosongan tempat.

38. Berapa lamakah tempoh pengajian Asasi TVET yang ditawarkan di politeknik?
Tempoh pengajian bagi program Asasi TVET adalah 1 tahun

39. Adakah selepas tamat Asasi TVET di politeknik saya akan ditawarkan terus ke MTUN atau saya perlu membuat permohonan semula?
Selepas tamat Asasi TVET, perlu membuat permohonan untuk ke Program Sarjana Muda di MTUN melalui sistem UPU.

40. Bolehkah saya menyambung ke UA lain selain MTUN setelah tamat Asasi TVET di politeknik?
Tidak. Lepasan Asasi TVET hanya boleh menyambung pengajian di MTUN sahaja.
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)

 

Disediakan oleh :

Puan Winne Anak Chengai

Ketua Unit HEP

Sukacita dimaklumkan Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan (UPIK), Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS)akan menganjurkan RAISE'23 seperti ketetapan berikut:

BIF for PMBS hebahan Website

 

πŸ“£πŸ“£ CALLING FOR PAPERSπŸ“£πŸ“£
_____________________________
πŸ“‘RESEARCH AND INTEGRATED STUDIES SYMPOSIUM 2023 (RAISE'23) πŸ“‘
______________________________

Bertemakan Nurturing Knowlege and Thinking Skills through Progressive Education anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK) Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS), dengan ini mempelawa individu yang berminat untuk menyertai RESEARCH AND INTEGRATED STUDIES SYMPOSIUM 2023 (RAISE'23) bagi pengembangan bakat dan kompetensi peserta melalui sesi penulisan dan pembentangan kertas penyelidikan secara telesidang.

πŸ“‡ KATEGORI
πŸ’‘ Sains Sosial
πŸ”Œ Kejuruteraan dan Teknikal
🌿 Persekitaran dan Kesihatan
πŸ“• Pendidikan
πŸ“Ž Multidisiplin

πŸ› TEMPAT
Politeknik METrO Betong Sarawak (Online)
Pembentangan secara dalam talian : 11, 12 & 13 September 2023

πŸ“† TARIKH PENTING
Tarikh akhir penerimaan artikel penulisan – 3 Julai 2023
Pemberitahuan penerimaan artikel – 28 Julai 2023
Tarikh penghantaran penulisan artikel yang telah disemak – 11 Ogos 2023
Tarikh akhir penerimaan artikel yang telah dibetulkan – 18 Ogos 2023
Tarikh akhir pembayaran yuran penyertaan – 25 Ogos 2023
Tarikh pembentangan (dalam talian) – 11, 12 & 13 September 2023

πŸ“ BORANG PENDAFTARAN
Daftar di sini : https://forms.gle/3cReomHquqyuWTRPA

πŸ’°YURAN PENYERTAAN
RM 100 sahaja

πŸ” TERMA DAN SYARAT
Rujuk : https://pmbsraise2023.wixsite.com/raise23

☎️ HUBUNGI KAMI
Pn. Emirudziawati binti Juni - 016-8972612 (HP)

En. Mohamad Shukri bin Muda - 019-9485876 (HP)

Terima kasih. πŸ“ˆ

 

Disediakan oleh :

En. Mohamad Shukri bin Muda

Pengarah Program

PEMAKLUMAN PENGANJURAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-7 DAN KOMEMORATIF POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK BAGI TAHUN 2023
Syabas dan tahniah diucapkan.
Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/6mX61u4ctf7rUgXM9.

BIF for PMBS hebahan Website

 

-----------------------------------------
π™‡π™žπ™ π™š | 𝙁𝙀𝙑𝙑𝙀𝙬 | π™Žπ™π™–π™§π™š :
Laman Sesawang Rasmi PMBS : https://www.pmbs.edu.my/v3/
Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti : http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp

 

Disediakan oleh :

Puan Clarina Anak Rehat

Ketua Unit Komunikasi Korporat

Salam Sejahtera Warga Bahagian Betong!

Be youth FESTIVAL Web Banner

πŸŽ‰πŸŽ‰Jom kita ke Politeknik METrO Betong Sarawak pada 13 - 14 Mei 2023 bagi program BeYouth Fest 2023. Ada pelbagai acara dianjurkan antaranya Betong Education and Career Fair 2023 dan juga Betong Youth Day 2023.

πŸ“šProgram ini merupakan inisiatif Yang Berhormat Dato Gerald Rentap Jabu yang merupakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak merangkap ADUN N.36 Layar serta Penaung BeYouth Fest 2023. Inisiatif bagi membantu para Belia dan Beliawanis yang ada di Bahagian Betong dari Daerah Betong hinggalah ke Kabong untuk mencari peluang pekerjaan mahupun melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, bagi pelajar lepasan SPM, anda digalakkan hadir ke program ini, jangan lepaskan peluang ini.

πŸ”‰πŸŽΈπŸŽ€Acara sampingan seperti Betong Got Talent, Pertandingan Tarian Tradisional, Pertandingan Tarik Tali serta persembahan daripada artis tempatan yang menampilkan penyanyi terbilang iban Ricky El (Hari Sabtu), kumpulan United Kids Of Oi (Hari Sabtu), Happily Ever After (Hari Sabtu) dan Din's Busker (Hari Ahad) turut diadakan bagi memeriahkan acara ini. Bagi warga Betong yang sedang mencari peluang pekerjaan, jom datang bawa π‘Ÿπ‘’π‘ π‘’π‘šπ‘’ anda bagi temuduga yang akan melibatkan pelbagai agensi seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Shin Yang Shipyard Sdn Bhd, Plaza Premium Lounge Malaysia Sdn Bhd, TYM Construction Sdn Bhd, Rasa Indah Sdn Bhd, PMB Investment Berhad dan Koperasi Keluarga Sumiran Kuching Berhad.

πŸ“šTerdapat juga pameran promosi institusi pengajian tinggi yang melibatkan Politeknik METrO Betong Sarawak, Kolej Komuniti Betong, Sarawak Skills dan CENTEXS Sarawak.

Nak sambung belajar atau nak bekerja di sektor yang kami bawakan kepada anda?? Ini mungkin rezeki anda.

Jom datang beramai – ramai!

Terdapat juga program jualan makanan dan minuman dan kami bawakan khas π‘“π‘œπ‘œπ‘‘ π‘‘π‘Ÿπ‘’π‘π‘˜ dari Kuching Sarawak untuk terlibat bagi program ini.

Apa lagi!

𝗝𝗒𝗠!

𝑱𝑢𝑴𝑴!

π™…π™Šπ™ˆπ™ˆ π™‡π˜Όπ™ƒ!!!

πŸ“πŸ“π™…π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π™‡π™€π™‹π˜Όπ™Žπ™†π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™‡π™π˜Όπ™‰π™‚!!!!

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, boleh hubungi kami di talian:

083 - 472 676 (Pejabat)

011 - 4053 8157 (Ash)

011 19 88 5501 (Aniq)

JOM KE BETONGGGGGG!

#beyouthfest2023

Disediakan oleh :

Puan Emilyn Anak Nojen

JK Multimedia

Page 4 of 7

PENGAMBILAN PELAJAR

Untuk pertanyaan dan pengambilan pelajar, boleh hubungi:

Unit Hal Ehwal Pelajar 

Tel: 083-472676 Sambungan: 116
Emel: kuhep.pmbs@gmail.com

HUBUNGI KAMI

Politeknik METrO Betong Sarawak, 
1-12 Fasa 2, Bandar Baru Betong, 
Jalan Baru Betong, 
95700 Betong, 
Sarawak.

Tel: 083-472676
Fax: 083-472991 
Emel: adminpmbs@pmbs.edu.my
Laman Web: www.pmbs.edu.my

Tarikh Kemaskini: 03 Mac 2026

PAUTAN AGENSI

mygov icon sarawakgov icon kpm icon
jppkk icon mqa icon upu icon
anm icon jpa icon spp icon
spa icon mampu icon intan icon
myren icon mdec icon ptptn icon

PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan PMBS

MEDIA SOSIAL

pmbsedu fb icon pmbs yt icon ig iconicon ig iconicon

PELAWAT

1194626
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
95
1097
95
4256
30260
1194626

Your IP: 216.73.216.34
05-Apr-2026 02:04:31

Soalan Lazim | Peta LamanPenafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Untuk paparan terbaik, adalah disyorkan pelayar Google Chrome v59.+ and Mozilla Firefox v54.+ dengan resolusi 1920 x 1200 piksel.

Hak Cipta Terpelihara Β© 2026 Politeknik METrO Betong Sarawak. Designed by JoomShaper

Essential SSL