KAJIAN TINJAUAN KESEDIAAN PEMBELAJARAN DIGITAL PELAJAR POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

YBrs Dr./ Tuan/ Puan,

KAJIAN TINJAUAN KESEDIAAN PEMBELAJARAN DIGITAL PELAJAR POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan, susulan daripada Mesyuarat Pendigitalan Sektor Pengajian Tinggi (Digitalization of Higher Education) pada 29 Mei 2020 lalu, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) akan melaksanakan Kajian Tinjauan untuk mendapatkan maklumat pelajar bagi menilai kesediaan pembelajaran digital terhadap pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti. Sehubungan dengan itu, pohon dipanjangkan kepada para pelajar YBrs Dr./ Tuan/ Puan bagi menjawab soalan Kajian Tinjauan tersebut. Pautan berkaitan dengan Kajian Tinjauan adalah seperti berikut:

           https://www.surveymonkey.com/r/readinessjppkk

3.     Kerjasama dan keprihatinan YBrs Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dihubungi melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Sekian terima kasih.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

Mohd Syahrizad Elias
(Ts. Dr. MOHD. SYAHRIZAD BIN ELIAS)
Timbalan Pengarah
Bahagian Perancangan Program Dan Institusi
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 PMBS TAHUN 2020

JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE-EMPAT POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik METrO Betong Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan atas kejayaan para lulusan (Sesi Disember 2018 dan Sesi Jun 2019) dan dengan ini menjemput para graduan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-Empat Politeknik METrO Betong Sarawak seperti berikut:

Tarikh    : 28 Mac 2020 (Sabtu)
Tempat : Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong

3.   Sehubungan itu, semua lulusan DIWAJIBKAN membuat pengesahan kehadiran pada laman sesawang http://spmp.pmbs.edu.my/ukonvo/konvo_login.jsp dan membuat pembayaran yuran konvokesyen sebelum atau pada 7 Mac 2020 (Jumaat). Panduan lulusan dan borang-borang berkaitan konvokesyen boleh didapati di laman sesawang Politeknik METrO Betong Sarawak. Sila muat turun borang-borang yang berkaitan dan bawa bersama borang tersebut semasa mengambil jubah.

**SILA MUAT TURUN DOKUMEN BAGI MAJLIS KONVOKESYEN KE-EMPAT TAHUN 2020 PMBS --> DI SINI

4.   Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia JK Graduan & lbubapa, Penganugerahan dan Persijilan, Politeknik METrO Betong Sarawak, Cik Halimatus Saadiah binti Kariya di talian 013-4622180.

5. Pihak kami mengalu-alukan penyertaan para lulusan ke Majlis Konvokesyen Ke-Empat Politeknik METrO Betong Sarawak ini.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(SUHAILI BIN ALEH)
Pengarah
Politeknik METrO Betong Sarawak