PEGAWAI UNIT :
|
Ketua Unit Peperiksaan PUAN IMELDA ANAK RICHARD FUCHAU
|
Pengenalan
- Setiap Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi adalah bertanggungjawab memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan.
- Penganugerahan Diploma kepada pelajar masing-masing adalah tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan Politeknik KPT setelah pelajar lulus semua peperiksaan serta memenuhi semua kehendak kursus.
- Unit Peperiksaan Politeknik adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan berpandukan sepenuhnya Takwim Aktiviti Pentaksiran Politeknik Malaysia.
Fungsi
- Menyelaraskan aktiviti penyediaan soalan peperiksaan pada setiap semester.
- Menyelaraskan aktiviti berkaitan pelaksanaan peperiksaan akhir (merujuk kepada takwim aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPPKK).
- Menyediakan tempat dan keperluan peralatan bagi tujuan peperiksaan.
- Pengurusan bank soalan.
- Memproses dan mengumumkan keputusan penilaian.
- Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Jawatankuasa Peperiksaan PMBS.
- Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Lembaga Peperiksaan.
- Penyediaan data dan rekod persijilan.
- Penyediaan transkrip pelajar.
- Penyediaan Sijil/Diploma.
- Membuat pengesahan graduan/lulusan bagi majlis konvokesyen.