TATACARA KEMBALI KE KAMPUS POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK

 

TATACARA KEMBALI KE KAMPUS POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK

 

Selaras dengan kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 1 Februari 2021 mengenai Kemasukan Semula Pelajar ke Kampus Secara Fizikal bermula 1 Mac 2021, adalah diputuskan bahawa pelajar bekeperluan dari zon PKP/PKPB yang mendapat kebenaran untuk kembali ke IPT DIWAJIBKAN untuk menjalani pengas.ingan di Pusat Pengasingan. Pusat Pengasingan merupakan fasiliti yang disediakan oleh Politeknik sebagai zon pengawasan bagi memantau tahap kesihatan/ risiko pelajar berkeperluan yang dibenarkan kembali ke kampus dari zon PKP/PKPB sebagai langkah pengawalan penularan pandemik COVID-19.

Tempoh pengasingan adalah selama sepuluh (10) hari sebagaimana ditetapkan bermula hari ketibaan pelajar bekeperluan di kampus. Penempatan adalah berdasarkan seorang pelajar setiap bilik. Segala kos penempatan, pengurusan dan pengoperasian Pusat Pengasingan adalah di bawah tanggungan Politeknik kecuali makan minum pelajar adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. Pendaftaran masuk pelajar ke Pusat Pengasingan adalah melalui proses pendaftaran yang ditetapkan, termasuk merekod maklumat diri dan melengkapkan borang pendaftaran. Pelajar perlu mengemukakan dokumen berkaitan semasa pendaftaran iaitu Surat Panggilan Politeknik atau Surat Kebenaran Kembali Ke Kampus.

Pelajar dinasihatkan agar sentiasa memantau tahap kesihatan kendiri dan melaporkan dengan segera kepada petugas sekiranya mula mengalami sebarang gejala. Petugas akan membuat saringan kesihatan dua kali sehari bagi memantau tahap kesihatan pelajar yang menjalani proses pengasingan. Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan dan nasihat petugas dari semasa ke semasa termasuk tidak dibenarkan keluair dari kawasan Pusat Pengasingan, tidak dibenarkan berkumpul atau melaksanakan aktiviti secara berkumpulan, tidak dibenarkan terlibat atau melaksanakan aktiviti riadah di luar bilik dan tidak dibenarkan menerima pelawat. Perkhidmatan penghantaran makanan dari luar seperti Grabfood, Food Panda dan lain­lain penyedia perkhidmatan adalah dibenarlkan tetapi tertakluk kepada pematuhan SOP keluar-masuk kawasan Pusat Pengasingan.

Sekiranya pelajar disahkan mempunyai gejala semasa tempoh pengasingan, maka pelajar perlu memaklumkan segera kepada Unit Hal Ehwal Pelajar, PMBS dan akan dirujuk segera ke Pusat Kesihatan Daerah. Sekiranya pelajar yang menjalini pengasingan disahkan positif melalui ujian saringan COVID-19, maka pelajar akan menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin. Pelajar dibenarkan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepanjang tempoh pengasingan. Proses daftar keluar pelajar dari Pusat Pengasingan adalah mengikut peraturan yang ditetapkan, termasuk dokumentasi yang diperlukan. Pelajar dibenarkan men'inggalkan Pusat Pengasingan setelah tamat tempoh sepuluh hari pengasingan dan dibenarkan meneruskan PdP secara hibrid. Semua pelajar bekeperluan yang dibenarkan pulang ke Politeknik dan ditempat di Pusat Pengasingan adalah wajib mematuhi prosedur dan proses yang ditetapkan, tertakluk kepada sebarang perubahan sebagaimana dimaklumkan sebaliknya.

Pemakaian tatacara ini adalah berkuatkuasa mulai daripada 1 Mac 2021 sehingga satu tarikh yang dimaklumkan oleh Politeknik Metro Betong Sarawak. Muat turun kenyataan rasmi di sini.

 

 

Disediakan oleh:
Emilyn Anak Nojen
Unit Komunikasi Korporat