KENYATAAN RASMI PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK SESI DIS 2020

KENYATAAN RASMI

Merujuk kepada Edaran Jadual Kemasukan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Tahun 2021 bertarikh 29 Januari 2021 bernombor rujukan JPPKK.BAPP.800-2/2/2 {15) dengan ini dimaklumkan tarikh-tarikh penting yang melibatkan pendaftaran semua pelajar Politeknik Metro Betong Sarawak (PMBS) untuk sesi Dis 2020 adalah seperti dalam jadual berikut:

Jadual 1: Kemasukan Pelajar ke PMBS Sesi Dis 2020

Jadual 2: Pendaftaran Pelajar PMBS Sesi Dis 2020

Jadual 3: Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) dan Bersemuka PMBS Sesi Dis 2020

Kenyataan ini turut merujuk Edaran Makluman Berkaitan Kemasukan Semula Pelajar Ke Kampus Secara Fizikal Bermula 1 Mac 2021 bertarikh 10 Februari 2021 bernombor rujukan JPPKK.BGK.600-1/1/1 Jld.2 (30). Pihak lnstitusi menyarankan agar semua pelajar dapat mematuhi sepenuhnya arahan semasa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti mengenai kemasukan pelajar bekeperluan di kampus bermula 1 Mac 2021. Pelajar yang mendapat kebenaran untuk kembali ke Politeknik diwajibkan untuk menjalani pengasingan di Pusat Pengasingan. Dengan ini dilampirkan dokumen berkaitan untuk makluman dan rujukan pelajar.

Sebagai makluman juga, sesi pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan seperti yang telah ditetapkan. Waiau bagaimanapun, perkara ini adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam portal dan media rasmi PMBS. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Jabatan masing-masing dan Penasihat Akademik (PA) pelajar untuk keterangan yang lebih lanjut. Muat turun kenyataan rasmi di sini.

 

SUHAILI BIN ALEH
Pengarah
Politeknik METrO Betong Sarawak
10 Februari 2021