Pengumuman

Pengumuman (4)

KENYATAAN RASMI

PENANGGUHAN KEMBALI KE KAMPUS PELAJAR POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK (PMBS) BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19 BERDASARKAN KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes COVID-19 di beberapa daerah di negara ini, PMBS bersetuju untuk PENANGGUHAN KEMBALI KE KAMPUS bagi SEMUA PELAJAR (SEMESTER 1-5) mulai 5 Oktober 2020 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara bersemuka DIBATALKAN serta-merta sepanjang tempoh berkenaan. Walau bagaimanapun, para pensyarah diminta mengadakan kelas secara atas talian sepenuhnya mengikut kesesuaian masa dan perancangan kursus masing-masing.Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus dengan mematuhi segala SOP yang ditetapkan. PMBS juga bersetuju menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus.Semua warga PMBS adalah tertakluk kepada arahan dalaman yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Warga kerja dan para pelajar boleh merujuk laman media sosial dan laman rasmi PMBS untuk makluman semasa.Seluruh warga PMBS adalah diingatkan untuk menjaga kebersihan dan keselamatan masing-masing dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama mana penularan wabak ini berlaku.Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Penasihat Akademik masing-masing. Muat turun kenyataan rasmi di sini.

SUHAILI BIN ALEH
Pengarah
Politeknik METrO Betong Sarawak
2 Oktober 2020

KENYATAAN RASMI
PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK SESI JUN 2020
Merujuk kepada kenyataan YB Menteri Pengajian Tinggi bertarikh 08 Julai 2020 berkaitan dengan Kemasukan Semula Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Secara Berperingkat, dengan ini dimaklumkan tarikh-tarikh penting yang melibatkan pendaftaran semua pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) untuk sesi Jun 2020 boleh dimuat turun di lampiran berikut :

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

YBrs Dr./ Tuan/ Puan,

KAJIAN TINJAUAN KESEDIAAN PEMBELAJARAN DIGITAL PELAJAR POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan, susulan daripada Mesyuarat Pendigitalan Sektor Pengajian Tinggi (Digitalization of Higher Education) pada 29 Mei 2020 lalu, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) akan melaksanakan Kajian Tinjauan untuk mendapatkan maklumat pelajar bagi menilai kesediaan pembelajaran digital terhadap pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti. Sehubungan dengan itu, pohon dipanjangkan kepada para pelajar YBrs Dr./ Tuan/ Puan bagi menjawab soalan Kajian Tinjauan tersebut. Pautan berkaitan dengan Kajian Tinjauan adalah seperti berikut:

           https://www.surveymonkey.com/r/readinessjppkk

3.     Kerjasama dan keprihatinan YBrs Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dihubungi melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Sekian terima kasih.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

Mohd Syahrizad Elias
(Ts. Dr. MOHD. SYAHRIZAD BIN ELIAS)
Timbalan Pengarah
Bahagian Perancangan Program Dan Institusi
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti