Print this page

Perutusan Tuan Pengarah PMBS Bersama Pelajar Semester 1 sesi Jun 2020

10 Ogos 2020 - Walaupun sesi suai kenal tidak dapat dijalankan secara fizikal seperti tahun-tahun sebelumnya, namun, PMBS tidak menganggap itu satu halangan untuk mengalu-alukan kedatangan kesemua pelajar baharu Sesi Jun 2020.

Tuan Pengarah, En Suhaili bin Aleh telah mengambil masa untuk hoskan perjumpaan atas talian melalui applikasi Cisco Webex pagi tadi. Perjumpaan itu turut disertai oleh timbalan pengarah serta kesemua warga pensyarah PMBS. Sebelum mengakhiri sesi ini, Tuan Pengarah sempat memberi kata-kata semangat serta perangsang untuk kesemua pelajar supaya lebih berdikari dan aktif dalam memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan sesi pembelajaran atas talian lebih interaktif.

Disediakan oleh:
Emilyn Anak Nojen
Unit Komunikasi Korporat

Read 102 times