KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

kursus kwsp ulpl 17022020 1

17 Februari 2020 - Kursus PSH: Pengurusan Kewangan ini secara umumnya bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengetahui tentang skim atau pelan kewangan yang ditawarkan oleh pihak KWSP dengan lebih mendalam lagi. Bengkel ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar PMBS tentang pentingnya memahami dan mengurus wang KWSP apabila mereka bekerja kelak. Pelajar juga akan diberi peluang untuk membuka akaun baru KWSP agar mereka tidak perlu berbuat demikian kelak sejurus mendapat pekerjaan. Di samping itu, Kursus PSH: Pengurusan Kewangan ini bertujuan untuk membina jaringan kolaborasi industri antara Politeknik METrO Betong Sarawak dengan KWSP Bahagian Kuching selaku rakan industri.
Objektif program ini diadakan adalah seperti berikut:

a) Memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar tentang pelan kewangan dan perlindungan yang ditawarkan oleh KWSP.
b) Menggalakkan pelajar bijak dalam membuat pelaburan wang KWSP mereka.
c) Memberi peluang kepada para pelajar untuk membuka akaun KWSP mereka.
d) Memastikan petunjuk prestasi bagi program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dapat dicapai.

 

 

Disediakan oleh:
Agnes Anak Buda
Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

Read 550 times