Bengkel Pengenalan Rancangan Perniagaan Tahun 2020

Pada 6 Februari 2020 telah diadakan Bengkel Pengenalan Rancangan Perniagaan kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus Keusahawanan yang terdiri daripada pelajar semester 2 dan 3 Diploma Kewangan & Perbankan dan Diploma Pengurusan Pelancongan. Penceramah, Cik Rosalina Suai, pegawai daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Cawangan Kuching. Objektif program adalah :

1. Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang cara penyediaan rancangan perniagaan yang betul.
2. Memberi motivasi kepada pelajar untuk menghasilkan idea perniagaan yang kreatif dan berpotensi untuk dipasarkan.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk terlibat dalam program keusahawanan dan menjadi seorang usahawan berjaya.
4. Meningkatkan jaringan kolaborasi dengan pihak industri bersama Unit Keusahawanan, PMBS.

Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada penganjuran program ini.

Daripada,

Unit Keusahawanan

Read 51 times