KENYATAAN RASMI PENANGGUHAN KEMBALI KE KAMPUS PELAJAR POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK (PMBS) BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19 BERDASARKAN KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KENYATAAN RASMI

PENANGGUHAN KEMBALI KE KAMPUS PELAJAR POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK (PMBS) BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19 BERDASARKAN KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes COVID-19 di beberapa daerah di negara ini, PMBS bersetuju untuk PENANGGUHAN KEMBALI KE KAMPUS bagi SEMUA PELAJAR (SEMESTER 1-5) mulai 5 Oktober 2020 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara bersemuka DIBATALKAN serta-merta sepanjang tempoh berkenaan. Walau bagaimanapun, para pensyarah diminta mengadakan kelas secara atas talian sepenuhnya mengikut kesesuaian masa dan perancangan kursus masing-masing.Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus dengan mematuhi segala SOP yang ditetapkan. PMBS juga bersetuju menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus.Semua warga PMBS adalah tertakluk kepada arahan dalaman yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Warga kerja dan para pelajar boleh merujuk laman media sosial dan laman rasmi PMBS untuk makluman semasa.Seluruh warga PMBS adalah diingatkan untuk menjaga kebersihan dan keselamatan masing-masing dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama mana penularan wabak ini berlaku.Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Penasihat Akademik masing-masing. Muat turun kenyataan rasmi di sini.

SUHAILI BIN ALEH
Pengarah
Politeknik METrO Betong Sarawak
2 Oktober 2020