Urusan Konvokesyen Ke-3 Politeknik METrO Betong Sarawak Tahun 2019

PANDUAN LULUSAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA
POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK (PMBS)

 

A. LULUSAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN

1. BAYARAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA PMBS

1.1 Bayaran bagi menghadiri Majlis Konvokesyen Ketiga PMBS adalah sebanyak RM 250.00*. (*Jumlah ini merangkumi Yuran Konvo = RM 200.00 + Yuran Alumni PMBS = RM50.00)

1.2 Kaedah pembayaran adalah secara Pembayaran Tunai di mana-mana kaunter AGROBANK di Malaysia atas nama ‘KOPERASI POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK BERHAD’ (No. Akaun : 1007591000001310). Sila bawa slip asal pembayaran sebagai bukti pembayaran semasa pendaftaran raptai.

2. Lulusan yang BERSETUJU untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Ketiga ini dikehendaki mengikuti arahan berikut:

2.1 Lulusan diwajibkan mengemaskini status kerjaya masing-masing terlebih dahulu kepada penyelaras 1L5G (Puan Norfaireza Binti Akil).

2.2 Sila lengkapkan Pengesahan Kehadiran secara online melalui http://bit.do/konvopmbs3 , dan mencetak Borang Pengambilan Skrol / Transkrip (Lampiran D), Borang Penghantaran Gambar Konvokesyen (Lampiran E), Borang Keahlian Persatuan Alumni (Lampiran F) dan Borang Kajian Pengesanan Graduan Institusi Pengajian Tinggi. (Lampiran G). Semua borang berkenaan boleh dimuat turun di laman sesawang Politeknik METrO Betong Sarawak http://www.pmbs.edu.my dan hendaklah dibawa bersama ketika mengambil jubah.

Sila lengkapkan maklumat di atas sebelum atau pada 5 Mac 2019. Sekiranya Graduan gagal berbuat demikian anda dianggap sebagai tidak akan menghadiri Majlis Konvokesyen ini.

 

3. Menghadiri raptai pada waktu yang telah ditetapkan. Penampilan diri hendaklah kemas dan bersopan sebagai seorang lulusan (berpakaian formal). Lulusan yang tidak hadir atau tidak mendaftar semasa hari raptai serta tidak mengikut peraturan seperti yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.

3.1 Cara berpakaian untuk lulusan lelaki adalah seperti berikut :

3.1.1 Memakai kemeja lengan panjang berwarna cerah beserta dengan tali leher, seluar panjang berwarna hitam / gelap dan kasut kulit berwarna hitam / gelap.

3.1.2 Rambut hendaklah dalam keadaan kemas dan pendek. Lulusan berambut panjang / berekor / berwarna-warni tidak akan dibenarkan menyertai Majlis konvokesyen.

3.2 Cara berpakaian untuk lulusan perempuan adalah seperti berikut :

3.2.1 Bagi lulusan perempuan, hendaklah memakai pakaian kebangsaan (baju kurung atau kebaya panjang. Berseluar panjang / skirt TIDAK dibenarkan) serta berkasut hitam / gelap bertutup (selipar / sandal TIDAK dibenarkan). Bagi yang beragama Islam, hendaklah memakai tudung tanpa corak.

3.2.2 Anda dilarang sama sekali memakai pakaian yang tidak sopan / menjolok mata, jarang, ketat dan yang boleh menjejaskan tumpuan dan perjalanan majlis.

3.3 Lulusan, ibu bapa atau tetamu hanya dibenarkan mengambil gambar dari tempat duduk masing-masing sahaja ketika majlis konvokesyen sedang berlangsung dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan ’flash’.

3.4 Lulusan, ibu bapa atau tetamu diminta untuk mengurangkan pergerakan semasa majlis konvokesyen berlangsung.

3.5 Dibenarkan hanya DUA (2) orang sahaja tetamu untuk setiap lulusan berada di dalam Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong. Selain itu, pihak urusetia ingin memaklumkan bahawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan memasuki ruang Majlis Konvokesyen dan Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

4. Bayaran Yuran Konvokesyen adalah merangkumi bayaran sewa jubah, motar board, sijil / diploma, folder, buku cenderamata dan lain-lain.

 

B. LULUSAN YANG TIDAK MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN

1. Lulusan yang tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen ini perlu mengambil tindakan seperti berikut :-

1.1 Lulusan diwajibkan mengemaskini status kerjaya masing-masing terlebih dahulu kepada penyelaras 1L5G (Pn Norfaireza binti Akil).

1.2 Sila lengkapkan Pengesahan Kehadiran secara online melalui http://bit.do/konvopmbs3 , dan mencetak Borang Pengambilan Skrol / Transkrip (Lampiran D), Borang Keahlian Persatuan Alumni (Lampiran F) dan Borang Kajian Pengesanan Graduan Institusi Pengajian Tinggi. (Lampiran G). Semua borang berkenaan boleh dimuat turun di laman sesawang Politeknik METrO Betong Sarawak http://www.pmbs.edu.my dan hendaklah dikembalikan ke alamat Politeknik METrO Betong Sarawak sebelum 15 Mac 2019.

1.3 Menyertakan salinan slip pembayaran bank AGRO BANK.

1.3.1 Jumlah bayaran untuk Sijil ambil sendiri RM 115.00**
(**Jumlah di atas merangkumi bayaran sijil/diploma dan folder = RM65.00 + Yuran Alumni PMBS = RM50.00)

 

2. Sebarang pertanyaan; sila hubungi ; URUSETIA URUSAN GRADUAN KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK TAHUN 2019 :

 

Cik Halimatus Saadiah binti Kariya : 013-4622180

Cik Emilyn anak Nojen                      : 014-5904153

 

**SILA MUAT TURUN DOKUMEN BAGI MAJLIS KONVOKESYEN KE-3 TAHUN 2019 PMBS -->  DI SINI

 

SEKIAN, TERIMA KASIH.

 

Pengarah
Politeknik METrO Betong Sarawak