MAKLUMAN HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2019

Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) mengucapkan tahniah kepada saudara/saudari kerana telah berjaya menyambung pengajian di institusi ini. Terima kasih juga diucapkan kerana telah memilih PMBS sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian anda.

Sebagai makluman untuk saudara/saudari, maklumat pendaftaran adalah seperti berikut :

Tarikh    : 24 Jun 2019 (Isnin)
Masa     : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Kuliah, PMBS

Sehubungan dengan itu, anda perlu mendapatkan maklumat lanjut pendaftaran di laman web PMBS, http://www.pmbs.edu.my . Bagi melancarkan urusan pada hari pendaftaran, sila lengkapkan semua butiran dokumen yang diperlukan.

Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci melalui pautan berikut ;

Selain itu, anda juga dikehendaki membuat pendaftaran secara atas talian mulai 20 Mei 2019 melalui http://spmp.pmbs.edu.my setelah membuat pembayaran yuran sepertimana yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan, boleh menghubungi pegawai kami di talian 083-472 676.

Sebarang kemusykilan berkaitan, boleh menghubungi pegawai kami ditalian 083-472676.

Sekian, terima kasih.

UNIT HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK

MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI JUN 2019

Salam sejahtera

Perhatian kepada pelajar PMBS sila ikuti langkah disediakan untuk memudahkan proses lapor diri pelajar senior

Panduan dan carta alir lapor diri pelajar senior boleh dimuat turun di pautan berikut ;

Selain itu, anda juga boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui http://spmp.pmbs.edu.my setelah membuat pembayaran yuran sepertimana yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan, boleh menghubungi pegawai kami di talian 083-472 676.

Sebarang kemusykilan berkaitan, boleh menghubungi pegawai kami ditalian 083-472676.

Sekian, terima kasih.

UNIT HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK