MAKLUMAN HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2019

Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) mengucapkan tahniah kepada saudara/saudari kerana telah berjaya menyambung pengajian di institusi ini. Terima kasih juga diucapkan kerana telah memilih PMBS sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian anda.

Sebagai makluman untuk saudara/saudari, maklumat pendaftaran adalah seperti berikut :

Tarikh    : 24 Jun 2019 (Isnin)
Masa     : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Kuliah, PMBS

Sehubungan dengan itu, anda perlu mendapatkan maklumat lanjut pendaftaran di laman web PMBS, http://www.pmbs.edu.my . Bagi melancarkan urusan pada hari pendaftaran, sila lengkapkan semua butiran dokumen yang diperlukan.

Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci melalui pautan berikut ;

Selain itu, anda juga dikehendaki membuat pendaftaran secara atas talian mulai 20 Mei 2019 melalui http://spmp.pmbs.edu.my setelah membuat pembayaran yuran sepertimana yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan, boleh menghubungi pegawai kami di talian 083-472 676.

Sebarang kemusykilan berkaitan, boleh menghubungi pegawai kami ditalian 083-472676.

Sekian, terima kasih.

UNIT HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK