HAL EHWAL PELAJAR

Hal Ehwal Pelajar

 

Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) berperanan didalam proses pengambilan, pendaftaran, penyimpanan dan pengemaskinian rekod pelajar disamping memantau kebajikan pelajar. Terdapat dua sub unit utama di dalamnya iaitu Unit Pengambilan & Data (P&D) dan Unit Kebajikan & Disiplin (K&D).

Unit P&D berperanan membantu mengurus permohonan kemasukan, pendaftaran dan mengemaskini rekod pelajar.

Unit K&D berperanan membantu menjaga kebajikan pelajar seperti membantu dalam permohonan pinjaman bantuan kewangan, mendapatkan permit pelajar bagi pelajar bukan Sarawak dan juga memantau disiplin secara keseluruhan.

 

..........................................................................................................................

 

Kemasukan Pelajar

  1. Menyelaras penyebaran maklumat untuk lulusan SPM dan lulusan Politeknik untuk kemasukan sesi pertama dan sesi kedua.
  2. Menerima Borang Jawapan Terima (BJT-JPPKK) daripada calon yang ditawarkan tempat pengajian oleh Bahagian Pengurusan Politeknik (BAP).
  3. Menyemak kesahihan maklumat calon.
  4. Mengirim dokumen pendaftaran kepada calon yang bersetuju untuk mendaftar di PMBS.

Hal Ehwal Pelajar

 

..........................................................................................................................

 

Pendaftaran

  1. Menyelaras pengurusan pendaftaran pelajar baru dan pelajar "senior".
  2. Mengendalikan Program Minggu Suai Kenal kepada pelajar semester satu.
  3. Menguruskan permohonan berhenti pengajian, penangguhan pengajian, pertukaran program dan pertukaran Politeknik.

 

..........................................................................................................................

 

Rekod Pelajar

  1. Menyimpan dan mengemaskini rekod pelajar.
  2. Menyelenggara pangkalan data pelajar.
  3. Menyedia dan mengeluarkan statistik pelajar.

 

..........................................................................................................................

 

Pas Belajar

  1. Membantu pelajar yang datang dari luar Negeri Sarawak dalam urusan mendapatkan dokumen pas belajar.
  2. Bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi urusan permohonan dan pembaharuan dokumen perjalanan.

 

..........................................................................................................................

 

Biasiswa, Pinjaman & Penajaan

  1. Bekerjasama dengan pihak penaja dalam membekalkan maklumat penajaan dan maklumat terkini pelajar.
  2. Memaklumkan kepada pelajar tentang tarikh iklan untuk memohon pinjaman dari pihak penaja melalui talian internet.
  3. Membantu pelajar dalam proses permohonan.
  4. Mengendalikan proses menandatangani dokumen perjanjian penajaan pelajar.
  5. Memanjangkan aduan atau masalah daripada pelajar berkaitan dengan urusan pinjaman kepada pihak penaja.

 

..........................................................................................................................

 

Disiplin

  1. Menyelaras dan menguatkuasa peraturan dan tatatertib pelajar Politeknik.
  2. Menjadi Urus Setia Akta 174.
  3. Menyelaras, memantau dan menguatkuasa tatatertib dan disiplin jalanraya di Politeknik.

 

..........................................................................................................................

 

Kebajikan Pelajar

  1. Membantu pelajar dalam mendapatkan kemudahan perubatan dan rawatan.
  2. Membantu pelajar mendapatkan kediaman di luar kampus.
  3. Membantu pelajar yang memerlukan bantuan melalui Tabung Amanah Pelajar PMBS.

 

..........................................................................................................................

 

Insurans Pelajar

  1. Menyelaraskan pengurusan perlindungan Insuran Berkelompok Pelajar.
  2. Membantu membuat tuntutan bagi pihak pelajar yang ditimpa kemalangan.

 

..........................................................................................................................

 

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

  1. Memantau perjalanan aktiviti jawatankuasa perwakilan pelajar melalui penasihat-penasihat biro.
  2. Menyelaras Program Minggu Suai Kenal pelajar baharu.

 

Maklumat Lanjut :

Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel : 03-8853562 / 3892
Fax : 03-8892640
www.jpa.gov.my

Pegawai Berkaitan

rozaini carousel

MOHD ROZAINI BIN AHMAD

E-mail : zainiahmad@pmbs.edu.my

 

arif carousel

ARIFF SHAFIQ BIN HAMIDI

E-mail : ariffshafiq1505@pmbs.edu.my

 

Penafian | Dasar Privasi Dan Keselamatan | Panduan Mobile Web | Peta Laman
Versi Mobile | Versi Desktop
Paparan terbaik: Firefox versi 40 atau versi Chrome 40 ke atas pada resolusi 1280x720px dan lebih.

Hak Cipta Terpelihara © 2016 Politeknik METrO Betong Sarawak. Direka oleh Unit ICT PMBS

Pilih Bahasa

Carian

Daftar Masuk