AMANAT PENGARAH

 

 

Salam Sejahtera,

 

Selamat datang dan Selamat melayari portal rasmi Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS).

 

Saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana Portal Politeknik METrO Betong Sarawak telah berjaya ditambah baik. Diharap dengan adanya Portal versi baru ini akan menjadi medium interaksi maya dan perkongsian maklumat yang bermanfaat buat pengunjung sekalian.

 

Portal ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengenali dan mendapat gambaran sebenar mengenai PMBS dengan jelas dan turut menjadi platfom untuk semua warga PMBS. Program pengajian di PMBS dapat menyediakan pelajar mengharungi cabaran melalui pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional dalam era perubahan global ini, sekaligus menjadi medium penting mencetus modal insan Negara yang bertaraf professional, berkaliber dan cemerlang.

 

Justeru itu, ketahuilah kami dengan lebih dekat lagi terutama tentang program-program yang ditawarkan, syarat-syarat kemasukan dan kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan. Harapan saya agar Portal PMBS ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah kepada pengunjungnya.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Salam dari saya,

 

Chow Tio Kiong

Pengarah

Politeknik METrO Betong Sarawak.

 

 

 

Penafian | Dasar Privasi Dan Keselamatan
Versi Mobile | Versi Desktop
Paparan terbaik: Firefox versi 40 atau versi Chrome 40 ke atas pada resolusi 1280x720px dan lebih.

Hak Cipta Terpelihara © 2016 Politeknik METrO Betong Sarawak. Direka oleh Unit ICT PMBS

Pilih Bahasa

Carian

Daftar Masuk