LATAR BELAKANG

Bangunan PMBS

 

 

PENGENALAN

 

Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (Local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.

Penubuhan Politeknik METrO Betong Sarawak adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO Betong Sarawak akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance Learning (OVDL) dalam kerangka e-Learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.

 

Pelajar PMBS

 

..........................................................................................................................

 

SEJARAH

 

Politeknik METrO Betong Sarawak telah mula beroperasi pada bulan November 2012 dengan bilangan staf seramai 18 orang. Walaubagaimana pun, operasi sementara adalah di Kampus Politeknik Kuching, Sarawak, Jalan Matang pada 19 Februari 2013. Operasi Politeknik METrO Betong Sarawak telah berpindah di kampus tetap di Betong. Pengambilan pertama pelajar pula adalah bermula pada Jun 2013. Program yang ditawarkan ialah Diploma Kewangan dan Perbankan dan Diploma Pengurusan Pelancongan.

Penafian | Dasar Privasi Dan Keselamatan
Versi Mobile | Versi Desktop
Paparan terbaik: Firefox versi 40 atau versi Chrome 40 ke atas pada resolusi 1280x720px dan lebih.

Hak Cipta Terpelihara © 2016 Politeknik METrO Betong Sarawak. Direka oleh Unit ICT PMBS

Pilih Bahasa

Carian

Daftar Masuk