Jumaat, 24 November 2017 16:32

NOTIS PEMBERITAHUAN PILIHAN RAYA MPP TAHUN 2018

Ditulis oleh

 NOTIS PEMBERITAHUAN PILIHAN RAYA

PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK

TAHUN 2018

Calon Exco Majlis Perwakilan Pelajar dikehendaki bagi tahun 2018. Oleh itu, semua pelajar adalah dialu-alukan untuk menawarkan diri sebagai calon Pilihanraya Kampus.

Borang-borang penamaan calon boleh diperolehi di Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) dan Jabatan Akademik mulai 29 November 2017 dan tarikh bagi penyerahan borang pencalonan/penamaan calon adalah 6 Disember 2017.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap calon yang ingin bertanding dalam Pilihanraya Kampus adalah seperti berikut:

  1. Calon menyediakan seorang pencadang dan seorang penyokong yang terdiri daripada pelajar yang tidak dicalonkan untuk pilihanraya ini.
  2. Hanya pelajar yang berdaftar sepenuh masa sahaja boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya ini.
  3. Pelajar semester Satu (1) program Diploma yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di mana-mana Politeknik tidak dibenarkan menjadi calon.
  4. HPNM pelajar Diploma Politeknik tidak kurang daripada 2.75.
  5. Pelajar yang tidak mengikuti pengajian di dalam kampus dalam tempoh masa setahun (Latihan Industri atau sebagainya) tidak dibenarkan menjadi calon.
  6. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib atau sedang menunggu perbicaraan tatatertib tidak layak bertanding.

Sila Muat turun Notis Pemberitahuan Pilihan Raya MPP PMBS 2018 di sini

 

Pengarah  

Politeknik METrO Betong Sarawak

Administrator

Pentadbir Portal Rasmi PMBS
Politeknik METrO Betong Sarawak Mentransformasi Kehidupan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kalendar

« December 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Penafian | Dasar Privasi Dan Keselamatan
Versi Mobile | Versi Desktop
Paparan terbaik: Firefox versi 40 atau versi Chrome 40 ke atas pada resolusi 1280x720px dan lebih.

Hak Cipta Terpelihara © 2016 Politeknik METrO Betong Sarawak. Direka oleh Unit ICT PMBS

Pilih Bahasa

Carian

Daftar Masuk