Khamis, 24 November 2016 12:16

CARA MEMBUAT RAYUAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Ditulis oleh

1. RAYUAN KE ATAS KEPUTUSAN PENILAIAN
- Pelajar yang ingin membuat rayuan ke atas keputusan penilaiannya boleh berbuat demikian secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh sepuluh (10) hari daripada tarikh keputusan rasmi (sebelum atau pada 5 Disember 2016). Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bukti-bukti berkaitan. Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap rayuan yang dikemukakan dan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama “PENGARAH POLITEKNIK” yang berkenaan.

2. KEPUTUSAN RAYUAN
- Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Pegawai Peperiksaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan keputusan rayuan (sebelum atau pada 19 Disember 2016) daripada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik. Keputusan rayuan adalah muktamad.

3. PENYEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN
- Pelajar yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu kursus hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan (sebelum atau pada 19 Disember 2016).

- Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama “PENGARAH POLITEKNIK” yang berkenaan.

- Keputusan semakan semula pelajar akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan keputusan rayuan (sebelum atau pada 19 Disember 2016) daripada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik. Keputusan semakan adalah muktamad.

Administrator

Pentadbir Portal Rasmi PMBS
Politeknik METrO Betong Sarawak Mentransformasi Kehidupan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Artikel lain di ruangan ini « Permohonan Kemasukan Secara "Walk In" ke Politeknik METrO Betong Sarawak HARI SUKAN NEGARA 2017 PERINGKAT BAHAGIAN BETONG »
Kembali ke atas