Selasa, 06 Februari 2018 18:44

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) SESI DISEMBER 2017

Ditulis oleh

Betong, 6 Februari 2018 - Program Transformasi Diri Pembimbing Rakan Siswa Politeknik METrO Betong Sarawak Sesi Disember 2017 dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi PMBS. Secara amnya, kesemua Politeknik di Malaysia memiliki kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS), di mana setiap ahlinya memainkan tanggungjawab yang besar dalam memberikan sokongan moral serta sosial kepada rakan sepengajian. Mereka boleh dianggap perunding cara yang sesuai dikunjungi oleh mahasiswa sebelum mendapatkan khidmat profesional pengamal kaunseling iaitu Pegawai Psikologi Politeknik yang kebiasannya mudah didapati pada waktu pejabat sahaja. Menyedari hakikat itu, penyusunan Kelab Pembimbing Rakan Siswa yang mantap dan berkesan perlu dilaksanakan. Justeru, Program Transformasi Diri PRS bagi sesi Disember 2017 ini perlu dijalankan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Objektif aktiviti

  1. Mendedahkan kepada ahli  PRS tentang peranan,tanggungjawab serta budaya PRS PMBS.
  2. Merapatkan hubungan silaturrahim pelajar Diploma Kewangan Dan Perbankan dan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan.
  3. Memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri mereka ke arah kebaikan demi meningkatkan prestasi diri
  4. Memantapkan prinsip nilai – nilai murni dan displin diri dalam kalangan para pelajar.
  5. Memupuk nilai bertanggungjawab dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar yang menghadiri program ini.

    Individu yang terlibat, pensyarah, pelajar, VIP dan sebagainya. Penasihat program ini ialah Puan Nik Zuraini bt Nik Mahmood dan dibantu oleh 3 orang pelajar AKRAB SISWA iaitu saudari Jacqueline Asong Suai, saudari Nur Sharfaizzah binti Yaman dan saudari Rafizah binti Rain.

 

Berita disediakan oleh :

NIK ZURAINI BINTI NIK MAHMOOD

PENYELARAS UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI

POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK

Administrator

Pentadbir Portal Rasmi PMBS
Politeknik METrO Betong Sarawak Mentransformasi Kehidupan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kalendar

« February 2018 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28        

Penafian | Dasar Privasi Dan Keselamatan
Versi Mobile | Versi Desktop
Paparan terbaik: Firefox versi 40 atau versi Chrome 40 ke atas pada resolusi 1280x720px dan lebih.

Hak Cipta Terpelihara © 2016 Politeknik METrO Betong Sarawak. Direka oleh Unit ICT PMBS

Pilih Bahasa

Carian

Daftar Masuk