Rabu, 29 November 2017 09:30

MAJLIS MAKAN MALAM PENJAWAT AWAM BERSAMA PEMIMPIN PERINGKAT DAERAH BETONG 2017

Ditulis oleh

Betong, 25 November 2017 – Pejabat Pendidikan Daerah Betong dan SMK St. Augustine (M) Betong telah dipilih menjadi Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam Penjawat Awam Bersama Pemimpin Peringkat Daerah Betong pada tahun 2017. Bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan majlis telah berlangsung dengan meriahnya.

    Majlis yang bertemakan “denim dan putih”  itu telah dirasmikan oleh YB Gerald Rentap Jabu, ADUN N36 Layar. Majlis diserikan dengan penyanyi Aishah AF dan kumpulan pemuzik undangan “Masterpiece” untuk menghiburkan pengunjung.

    Dalam majlis tersebut turut disampaikan cek sumbangan dan sijil penghargaan kepada 38 institusi yang berada di Betong. Politeknik Metro Betong Sarawak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada Majlis Makan Malam pada tahun berikutnya. Antara aturcara majlis tersebut adalah makan malam, tayangan video, nyanyian artis jemputan, nyanyian lagu sumbangan dan cabutan bertuah.

Disediakan oleh:

Shukeri bin Mohamad Ros

Administrator

Pentadbir Portal Rasmi PMBS
Politeknik METrO Betong Sarawak Mentransformasi Kehidupan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kalendar

« December 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Penafian | Dasar Privasi Dan Keselamatan
Versi Mobile | Versi Desktop
Paparan terbaik: Firefox versi 40 atau versi Chrome 40 ke atas pada resolusi 1280x720px dan lebih.

Hak Cipta Terpelihara © 2016 Politeknik METrO Betong Sarawak. Direka oleh Unit ICT PMBS

Pilih Bahasa

Carian

Daftar Masuk