Isnin, 17 Oktober 2016 13:39

Program Inovasi Pelancongan

Ditulis oleh

Bertempat di Foyer Politeknik METrO Betong Sarawak, satu program Pameran Inovasi Pelancongan telah pun diadakan. Program ini telah diadakan pada 17 Oktober 2016 bermula 08:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Seramai 55 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik METrO Betong Sarawak telah terlibat dalam program pameran inovasi ini.

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program pameran inovasi pelancongan ini ialah:

  • Menggalakkan budaya inovasi di Politeknik METrO Betong Sarawak
  • Memastikan KPI berkaitan inovasi dan penyelidikan telah dipenuhi
  • Menjalinkan kerjasama dengan agensi luar yang berkaitan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi
  • Merapatkan hubungan Politeknik dan industri dalam menentukan kaedah serta keperluan pasaran pekerjaan
  • Menyediakan ruang dan peluang bagi pelajar membentangkan kertas kerja dan produk inovasi (DUP 5)
  • Menjalankan aktivti pameran model Visitor Interpretation Service (DUP 4)

Senarai pameran kertas kerja dan produk inovasi (DUP 5):
* Klik pada tajuk pameran untuk butiran pameran berkaitan

Senarai pameran model Visitor Interpretation Service (DUP 4):
* Klik pada tajuk pameran untuk butiran pameran berkaitan

Politeknik METrO Betong Sarawak mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut.

Untuk melihat galeri gambar penuh aktiviti ini, klik di sini.

Administrator

Pentadbir Portal Rasmi PMBS
Politeknik METrO Betong Sarawak Mentransformasi Kehidupan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Artikel lain di ruangan ini « Explorasi Langkawi DUP4
Kembali ke atas