MSK sesi Jun 2016

    Bertempat di Politeknik METrO Betong Sarawak, satu program Minggu Suai Kenal (MSK) anjuran PMBS telah pun diadakan.

    Program yang diadakan pada 13 hingga 16 Mei 2016 ini telah disertai oleh 72 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar baharu PMBS ambilan Jun 2016.

    Objektif utama program ini diadakan adalah seperti berikut:

    • Memberi penerangan kepada pelajar baharu tentang latar belakang PMBS, matlamat, fungsi dan struktur pentadbiran PMBS dan kemudahan kemudahan yang terdapat di PMBS.
    • Memberikan maklumat terperinci berkaitan program dan kursus yang ditawarkan di PMBS.
    • Membantu pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk melicinkan urusan pendaftaran pelajar baharu ke PMBS.
    • Memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan di dalam kampus dengan lebih mudah dan teratur agar kehidupan mereka dalam kampus lebih menggembirakan dan lebih bermakna.
    • Menanam dan menyuburkan nilai-nilai murni supaya sikap yang baik seperti kejujuran, amanah, toleransi, hormat menghormati dan berdisplin menjadi pegangan dan amalan hidup pelajar PMBS.

    Antara pengisian menarik yang telah disampaikan sepanjang MSK adalah seperti berikut:

    • Pengenalan PMBS
    • Taklimat SPA
    • Taklimat PRS
    • Taklimat Peperiksaan
    • Taklimat Koperasi
    • Taklimat Perpustakaan
    • Taklimat Cegah Jenayah (PDRM)
    • Taklimat MQA
    • Taklimat Latihan Industri
    • Taklimat Program DUP / DKB
    • Perjumpaan PA
    • Taklimat Jati Diri (PLKN)
    • Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
    • Majlis penutupan MSK

    Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.

    Untuk melihat galeri gambar penuh, klik di sini.
    Untuk melihat video aktiviti, klik di sini.

    Read 1205 times

    Kalendar

    « January 2020 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3 4 5
    6 7 8 9 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31    
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper