KARNIVAL JUALAN USAHAWAN DPB2012 ENTREPRENEURSHIP MELATIH PELAJAR KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN 2018

Diterbitkan Dalam Berita
Read 625 times

Betong, 6 Februari 2018 – Unit Keusahawanan Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) dengan kerjasama pensyarah kursus DPB2012 Entrepreneurship telah mengadakan Program Karnival Jualan Usahawan yang disertai oleh pelajar dari semester 3 Diploma Kewangan dan Perbankan dan pelajar semester 2 Diploma Pengurusan Pelancongan. Program ini secara umumnya bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar terutamanya pelajar yang mengambil kursus DPB2012 Entrepreneurship bagi sesi Disember 2017 untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam diri mereka. Selain itu, para pelajar akan dapat mempelajari kaedah sebenar dalam pemasaran produk mereka sama ada perniagaan secara offline mahupun online. Program ini sekaligus akan dapat memberikan pengalaman berharga kepada para pelajar yang mengambil kursus DPB2012 Entrepreneurship dalam mempraktikkan kemahiran keusahawanan.          

    Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut adalah aktiviti jualan pelajar, aktiviti permainan sampingan, dan pertandingan bakat keusahawanan. Pertandingan bakat keusahawanan bagi kategori Gerai Raja Lelong dimenangi oleh kumpulan Wo Men Bu Yi Yang. Kategori Gerai Terlajak Laris pula dimenangi oleh kumpulan Ninja Turtle, manakala kumpulan Asarah merangkul hadiah bagi kategori Anugerah Gerai Wowww. Hadiah pertandingan disampaikan oleh Pengarah PMBS, Encik Chow Tio Kiong.

 

Disediakan oleh : Siti Hajar binti Arani

Ketua Unit Keusahawanan PMBS


Print Friendly and PDF