KOPERASI PMBS BHD MENERIMA KUNJUNGAN MUHIBBAH DARI MAKTAB KOPERASI MALAYSIA ZON SARAWAK

BETONG , 6 Februari 2018 - Koperasi Politeknik Metro Betong Bhd telah menerima kunjungan Muhibbah dari Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak. Lawatan ini disertai oleh Timbalan Pengarah Akademik Maktab Koperasi Malaysia, Tuan Haji Ramlan bin Kamsin diiringi Pengarah Zon MKM Sarawak, Puan Siti Maimunah binti Hj Jemi dan beberapa orang pegawai MKM yang lain.

    Rombongan dari MKM telah disambut oleh Pengerusi Koperasi Politeknik Metro Betong Bhd, Encik Mohd Zamre bin Ab Rahman dan ALK Koperasi yang lain. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Politeknik Metro Betong Sarawak, Encik Chow Tio Kiong. Taklimat tentang Koperasi Politeknik Metro Betong Bhd telah disampaikan oleh Pengerusi Koperasi dan pihak MKM turut menyerahkan berberapa naskah buku yang bertajuk Hayati Nilai Koperasi Semaikan Budi untuk diwakafkan di Perpustakaan Politeknik Metro Betong Sarawak. Beberapa aktiviti usahasama juga turut dibincangkan dalam lawataan tersebut dan di akhir majlis para tetamu telah dibawa melawat fasiliti yang ada di Politeknik Metro Betong Sarawak.

 

Disediakan oleh:

Jamilah binti Hussain

Setiausaha Koperasi Politeknik Metro Betong Berhad.

Read 323 times

Kalendar

« May 2018 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Versi Mobile | Versi Desktop
Paparan terbaik: Firefox versi 40 atau versi Chrome 40 ke atas pada resolusi 1280x720px dan lebih.

Pilih Bahasa

Carian

Daftar Masuk