PROGRAM TOUCH POINT 2017@PMBS MEMBANTU MENINGKATKAN PENDAPATAN BELIA.

    Betong, 10-12 November 2017 - Politeknik Metro Betong  Sarawak telah dilantik oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk menjadi pelaksana bagi Program Learn and Earn Skills Boot Camps to Enable Youths to Acquire Income Generating Skills untuk melatih belia di sekitar Betong. Program ini telah dihadiri oleh 40 belia dari kawasan Parlimen Betong, Parlimen Batang Lupar dan Parlimen Saratok.

        Program tersebut telah diadakan di Politeknik Metro Betong Sarawak dan ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia-belia setempat dalam bidang teknologi penghasilan simenfero, mewujudkan peluang perniagaan produk berasaskan simenfero kepada belia-belia setempat dan mewujudkan peluang pekerjaan sampingan kepada belia-belia.Tenaga pengajar untuk program ini adalah Pengarah PMBS, Encik Chow Tio Kiong dan dibantu oleh fasilitator Encik Mohd Zamre bin Ab Rahman dan Encik Andrew Douglas Gudan dan jawatankuasa pelaksana dan semua staf PMBS.

        Majlis perasmian penutup telah dihadiri oleh YB Gerald Rentap Jabu, ADUN N36 Layar. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah penerima-penerima  simenfero dari empat buah Tadika berdekatan.

     

    Disediakan oleh:

    Jamilah binti Hussain
    Setiausaha Program Touch Point

    Read 613 times

    Kalendar

    « December 2019 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
                1
    2 3 4 5 6 7 8
    9 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31          
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper