MINGGU SUAI KENAL (MSK) SESI DISEMBER 2017

    Betong, 23 November 2017 - Program Minggu Suai Kenal (MSK) merupakan program suai kenal atau orientasi yang wajib dihadiri oleh pelajar baru pada semester satu. Program ini dilaksanakan sebelum sesi perkuliahan semester baharu bermula. Secara amnya program ini dirancang bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada pelajar baru berkenaan pengajian mereka. Hal ini meliputi perkara berkaitan akademik dan bukan akademik yang berkaitan pelajar sepanjang tiga tahun pengajian mereka di Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS).

        Program ini turut dijayakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Betong yang menerangkan bahaya dadah, pergaulan bebas serta penyakit yang berkaitan aktiviti gejala sosial. Selain itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut terlibat menjayakan program MSK kali ini. LPPKN merupakan  pusat yang merancang aktiviti remaja bersesuaian dengan budaya hidup remaja masa kini. LPPKN juga memainkan peranan mendidik para pelajar daripada terlibat atau menjadi masalah rogol.

        Program MSK sesi Disember 2017 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PMBS, Encik Mohd Zamre Bin Ab. Rahman pada 23 November 2017. Program yang berlangsung dengan jayanya selama 4 hari telah dibantu oleh warga staf PMBS, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sukarelawan Pelajar PMBS.

     

    Laporan oleh:
    Noradilla Binti Osman
    Setiausaha MSK Disember 2017

    Read 980 times

    Kalendar

    « December 2019 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
                1
    2 3 4 5 6 7 8
    9 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31          
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper