KOPERASI POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK BHD MENJANA KEUNTUNGAN YANG MEMBANGGAKAN

    Betong, 14 Disember  2017 - Koperasi Politeknik Metro Betong  Sarawak Bhd telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 3 di Foyer Pelajar PMBS. Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PMBS, Encik Chow Tio Kiong. Mesyuarat Agung  tersebut telah dihadiri oleh seramai 310 orang ahli Koperasi PMBS Bhd yang terdiri daripada pelajar dan staf PMBS.

    Dalam mesyuarat agung tersebut, Pengerusi Koperasi PMBS Bhd, Encik Mohd Zamre bin Ab Rahman telah mengumumkan untung bersih yang diperolehi oleh koperasi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 adalah sebanyak RM28,206.15 dan mengumumkan dividen yang dibayar kepada ahli koperasi adalah sebanyak 20%.

    Seramai 6 orang ALK lama telah digugurkan dan 3 ALK lama telah dilantik semula dan pelantikkan ALK baru telah dibuat dalam mesyuarat tesebut. Semua ahli Koperasi PMBS yang hadir dalam mesyuarat tersebut telah diberi kupon yang bernilai RM4.00 yang boleh dibelanjakan di Poly Café sehingga 15 Januari 2017.

    Disediakan oleh:
    Jamilah Binti Hussain
    Setiausaha Koperasi PMBS Bhd

    Read 864 times

    Kalendar

    « December 2019 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
                1
    2 3 4 5 6 7 8
    9 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31          
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper