Betong, 25 November 2017 – Pejabat Pendidikan Daerah Betong dan SMK St. Augustine (M) Betong telah dipilih menjadi Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam Penjawat Awam Bersama Pemimpin Peringkat Daerah Betong pada tahun 2017. Bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan majlis telah berlangsung dengan meriahnya.
Majlis yang bertemakan “denim dan putih” itu telah dirasmikan oleh YB Gerald Rentap Jabu, ADUN N36 Layar. Majlis diserikan dengan penyanyi Aishah AF dan kumpulan pemuzik undangan “Masterpiece” untuk menghiburkan pengunjung.
Dalam majlis tersebut turut disampaikan cek sumbangan dan sijil penghargaan kepada 38 institusi yang berada di Betong. Politeknik Metro Betong Sarawak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada Majlis Makan Malam pada tahun berikutnya. Antara aturcara majlis tersebut adalah makan malam, tayangan video, nyanyian artis jemputan, nyanyian lagu sumbangan dan cabutan bertuah.
Disediakan oleh:
Shukeri bin Mohamad Ros