KURSUS PERSEDIAAN KE ALAM PEKERJAAN BERSAMA RAKAN INDUSTRI INFINITY MANAGEMENT CONSULTANTS

    BETONG, 26 OKTOBER 2017 - Unit Collaboration, Industrial Services and Employment Centre (CISEC), Politeknik Metro Betong (PMBS) telah menganjurkan Kursus Persediaan Ke Alam Pekerjaan pada 26 Oktober 2017. Program ini dijalankan bagi mendedahkan pelajar berkaitan cara penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa memandangkan perkara ini merupakan perkara utama dan asas bagi lepasan graduan untuk memohon pekerjaan selepas tamat belajar. Menyedari persaingan dalam memburu pekerjaan yang semakin sengit dan mencabar, kursus ini juga menerapkan cara dan persediaan pelajar untuk menghadiri sesuatu temuduga. Seramai 64 pelajar semester akhir jurusan Diploma Pelancongan dan Hospitaliti dan Diploma Kewangan dan Perbankan menhadiri kursus tersebut bersama rakan industri, Infinity Management Consultants sebagai penceramah utama kursus tersebut.

        Antara objektif utama kursu ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar cara penyediaan resume, etika pemakaian dan pertuturan yang bersesuaian semasa temudug dan berkongsi tips sebelum dan semasa temuduga.

     

    Berita disediakan oleh: Liew Jan Fui

    Jabatan / Unit: Jabatan Pelancongan Dan Hospitality / Unit Pelancongan

    Read 648 times

    Kalendar

    « December 2019 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
                1
    2 3 4 5 6 7 8
    9 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31          
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper