KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 2017

    SIBU, 4 November 2017 - Koperasi Politeknik Metro Betong Bhd telah dijemput untuk menghadiri Kursus Induksi Ahli Baru Angkasa 2017 dan Kempen Keahlian Angkasa. Seramai empat orang ahli koperasi telah dihantar ke kursus tersebut iaitu Pengerusi Koperasi PMBS Bhd iaitu Encik Mohd Zamre bin Ab Rahman, setiausaha, Pn Jamilah binti Hussain, bendahari Cik Siti Hajar binti Arani dan seorang ALK, Encik Shukeri bin Mohamad Ros.

        Kursus tersebut bertempat di Hotel Premier Sibu Sarawak dan telah dirasmikan oleh Tn Haji Usuf bin Hj Samah, Pengerusi JPAN Sarawak. Peserta kursus telah didedahkan dengan taklimat keahlian Angkasa, peranan Angkasa dalam gerakan Koperasi Negara dan Penglibatan Koperasi Ahli dalam Perniagaan dan Perkhidmatan Angkasa. Sijil Keanggota Angkasa dan Sijil Kursus telah disampaikan oleh Encik  Ramli bin Bakri wakil Angkasa Sarawak.

    Disediakan oleh:

    Jamilah binti Hussain

    (Setiausaha Koperasi Politeknik Metro Betong Bhd)

    Read 726 times

    Kalendar

    « December 2019 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
                1
    2 3 4 5 6 7 8
    9 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31          
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper