MALAM APRESIASI PMBS 2017 MENJADI KENANGAN TERINDAH

    SRI AMAN, 31 Oktober 2017 - Kelab Kebajikan PMBS telah menganjurkan Malam Apresiasi Staf PMBS 2017. Majlis makan malam dan penyampaian hadiah tersebut telah diadakan di D'N Restaurant Sri Aman untuk menghargai penglibatan semua staf dalam pelbagai aktiviti sepanjang Tahun 2017.

        Majlis yang bertemakan santai itu telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Metro Betong Sarawak (PMBS), Encik Chow Tio Kiong. Majlis diserikan dengan kehadiran Ratu Belia Millennium Peringkat Negeri Sarawak iaitu Puan Imelda Anak Richau Fuchau yang merupakan staf PMBS..

        Objektif program ini diadakan adalah adalah untuk memberi ruang kepada kakitangan PMBS untuk bersantai dan menghilangkan kepenatan bekerja dan untuk memberi penghargaan kepada kakitangan agar mereka rasa dihargai oleh institusi.

        Antara aturcara majlis tersebut adalah makan malam, tayangan video staf PMBS, sambutan hari jadi staf, pertukaran hadiah antara staf dan cabutan bertuah. Semoga majlis sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan sesama staf.

    Disediakan oleh:

    Jamilah Hussain

    Pengerusi Kelab Kebajikan PMBS

    Read 728 times

    Kalendar

    « December 2019 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
                1
    2 3 4 5 6 7 8
    9 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31          
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper