Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri PMBS

    Bertempat di Bilik Mesyuarat 2 Politeknik METrO Betong Sarawak, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri PMBS Bil 1/2016. Mesyuarat yang diadakan pada 21 September 2016 ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang serta dianggotai oleh beberapa wakil daripada industri yang berkaitan secara terus dengan program yang ditawarkan di Politeknik METrO Betong Sarawak seperti berikut:

    • Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Sarawak
    • Agensi Ad-din (Etiqa Takaful)
    • Malaysia Tourist Guide Council
    • Infinity Management Consultants
    • Thomas Agency/ Etiqa Takaful
    • Greatown Travel Sdn Bhd
    • Ecogreen Holidays
    • Inter-continental Travel Centre (Itc)
    • Agrobank Betong
    • Sekolah Menengah Kebangsaan St. Augustine
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit 

    Antara agenda yang telah berlangsung semasa mesyuarat ini ialah:

    • Ucapan Aluan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat.
    • Serahan Sijil Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penasihat.
    • Laporan ringkas mengenai PMBS.
    • Perbincangan lain yang melibatkan:
      • Peluang Latihan Industri Pelajar PMBS
      • Kebolehpasaran Graduan PMBS
      • Kursus tambahan yang bersesuaian bagi bidang Pelancongan dan Kewangan Perbankan
      • Sangkutan Industri Pensyarah
    • Sesi Bergambar / Bersurai

    Politeknik METrO Betong Sarawak merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan mesyuarat ini.

    Untuk melihat galeri gambar penuh aktivti ini, klik di sini.

    Read 1063 times

    Kalendar

    « January 2020 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3 4 5
    6 7 8 9 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31    
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper