Kursus Pembinaan Landskap

    Bertempat di Politeknik METrO Betong Sarawak, satu Kursus Pembinaan Landskap anjuran PMBS telah pun diadakan.

    Program yang diadakan pada 26 hingga 28 Ogos 2016 ini telah disertai oleh 10 orang staff dan 38 orang pelajar PMBS dari pelbagai semester dan program.

    Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara yang betul membuat landskap dengan menggunakan simen fero. Sebanyak 5 set meja dan kerusi simen fero telah berjaya dihasilkan pada penghujung program ini.

    Turut terlibat dalam program ini ialah En. Chow Tio Kiong, Pengarah PMBS, juga selaku fasilitator program tersebut.

    PMBS mengucapkan setinggi tinggi penghargaan serta tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

    Untuk melihat galeri gambar program ini, klik di sini.
    Untuk melihat video pelaporan aktivti ini, klik di sini.

    Read 1295 times

    Kalendar

    « January 2020 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3 4 5
    6 7 8 9 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31    
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper