Kursus Pengacaraan Majlis

    Bertempat di Politeknik METrO Betong Sarawak, satu Kursus Pengacaraan Majlis anjuran PMBS telah pun diadakan.

    Program yang diadakan pada 12 Ogos 2016 ini telah disertai oleh 33 orang pelajar PMBS dari pelbagai semester dan program.

    Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara melaksanakan pengacaraan majlis mengikut kaedah yang betul, bersuaian dengan tema majlis yang sedang berlangsung. Selain itu, sesi hands-on pengacaraan juga diadakan mengikut tajuk tugasan yang telah diberi secara berkumpulan.

    Turut terlibat dalam program ini ialah En. Ali Mohamad serta dibantu oleh En. Hassim Tahot selaku fasilitator program tersebut.

    PMBS mengucapkan setinggi tinggi penghargaan serta tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

    Untuk melihat video pelaporan program ini, klik di sini.
    Untuk melihat galeri gambar program ini, klik di sini.

    Read 1323 times

    Kalendar

    « January 2020 »
    Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3 4 5
    6 7 8 9 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31    
    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper