UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI (UPLI)

Internship

 

..........................................................................................................................

 

UPLI adalah salah satu unit dalam organisasi PMBS yang bertanggungjawab untuk menguruskan proses berkaitan latihan industri pelajar dan menjadi pencetus kepada kolaborasi antara PMBS dengan pihak industri.

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pelajar akan menjalani Latihan Industri selama 22 minggu di jabatan  kerajaan atau swasta .Latihan Industri  ini dapat memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, berkomunikasi secara berkesan, mengamalkan kerja berpasukan, mematuhi polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan,meningkatkan perspektif professional pelajar serta membuat  pelaporan.

 

..........................................................................................................................


Fungsi utama UPLI iaitu :

  1. Merancang dan menyelaras semua aktiviti latihan industri yang perlu diikuti oleh pelajar meliputi persediaan sebelum menjalani latihan industri, semasa menjalani latihan industri dan selepas menjalani latihan industri.
  2. Menyelaras penyeliaan pelajar latihan industri oleh pegawai/ pensyarah pemantau yang dilantik ke organisasi yang terlibat.
  3. Menyelaras proses penilaian latihan industri setelah pelajar tamat menjalani latihan industri.
  4. Merancang dan mengadakan kolaborasi dengan pihak industri.

Untuk maklumat lanjut, sila emailkan kepada uplipmbs@pmbs.edu.my

Muat Turun:

  1. Garis Panduan Latihan Industri
  2. Panduan Penulisan Laporan Akhir
  3. Borang Pendaftaran Pelajar Tamat Latihan Industri Sem Empat (LISE)
  4. Borang Pendaftaran Pelajar Tamat Latihan Industri Semester Akhir (LISA)

Borang Pendaftaran Pelajar Tamat Latihan Industri Semester Akhir (LISA)

Pegawai Penyelaras

hanini carousel

HANINI BINTI MARZUKI

E-mail : hanini@pmbs.edu.my

 

Penafian | Dasar Privasi Dan Keselamatan | Panduan Mobile Web | Peta Laman
Versi Mobile | Versi Desktop
Paparan terbaik: Firefox versi 40 atau versi Chrome 40 ke atas pada resolusi 1280x720px dan lebih.

Hak Cipta Terpelihara © 2016 Politeknik METrO Betong Sarawak. Direka oleh Unit ICT PMBS

Pilih Bahasa

Carian

Daftar Masuk