UNIT PERDAGANGAN

 

PENGENALAN

Unit Perdagangan telah diwujudkan seiring dengan penubuhan Politeknik METrO Betong Sarawak. Unit ini dianggotai oleh pensyarah-pensyarah yang berkelulusan dalam pelbagai bidang akademik seperti perakauanan, kewangan, pengurusan perniagaan, pemasaran dan lain-lain. Kewujudan Jabatan Perdagangan dapat menyokong aspirasi dan matlamat Politeknik untuk melahirkan tenaga separa professional yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan, pemasaran dan pengajian perniagaan yang boleh diserapkan ke dalam pelbagai industri.

 

......................................................................................

PROGRAM YANG DITAWARKAN:

 

DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN

Program yang ditawarkan di dalam Unit Perdagangan adalah program Diploma Kewangan Dan Perbankan. Ia dibentuk bagi melengkapkan para graduan dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh untuk membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan dalam persekitaran yang kompetitif. Program ini mencakupi bidang pengajian seperti sistem perbankan dalam dan luar negeri, pengurusan kewangan dan pelaburan, sistem perbankan Islam, pengurusan portfolio dan teknologi komputer dalam perbankan.

Bidang lain seperti perakaunan, ekonomi, statistik dan insurans juga turut dipelajari. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri pada semester 4 pengajian bagi membolehkan mereka menimba pengalaman kerja dan mendapat pengetahuan secara langsung daripada persekitaran perbankan dan kewangan yang kompetitif.

 

SYARAT KEMASUKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut :-
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Sejarah
  • Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
  • Mendapat LIMA (5) Kepujian daripada mana-mana mata pelajaran

 

PELUANG KERJAYA:

1. Junior Bank Executive
2. Remiser
3. Investment Broker
4. Assistant Administrative Officer
5. Marketing Executive Officer
6. Assistant Financial Consultant
7. Assistant Account Executive
8. Insurance Agent
9. Entrepreneur
10. Unit Trust Consultant
11. Business Development Assistant Officer
12. Management Trainee
13. Consumer Lending Officer
14. Commercial Lending Officer
15. Credit Analyst
16. Loan Processor
17. Loan Review Officer
18. Compliance Officer
19. Human Resource Assistant

Organisasi Unit Perdagangan

pn muzailina

MUZAILINA BINTI MUSLIMIN

Email : muzailina@pmbs.edu.my

 

pn zura

NIK ZURAINI BINTI NIK MAHMOOD

Email : nikzuraini@pmbs.edu.my

 

cik siti hajar

SITI HAJAR BINTI ARANI

E-mail : cthajar@pmbs.edu.my

 

pn norfaireza

NORFAIREZA BINTI AKIL

E-mail : norfaireza@pmbs.edu.my

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Versi Mobile | Versi Desktop
Paparan terbaik: Firefox versi 40 atau versi Chrome 40 ke atas pada resolusi 1280x720px dan lebih.