UNIT PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

     

    PENGENALAN

    Industri hospitaliti adalah suatu industri perniagaan yang menyediakan segala perkhidmatan kepada pelanggannya seperti perkhidmatan makanan dan minuman, kemudahan penginapan, kemudahan beriadah dan rekreasi, perkhidmatan pelancongan dan sebagainya. Perkataan hospitaliti adalah berasal daripada Bahasa Latin iaitu hospitare yang bermaksud bersedia menerima tetamu.  Ungkapan ini merangkumi penyediaan keperluan asas kepada tetamu seperti makanan, minuman atau penginapan.  Industri hospitaliti menyediakan peluang pekerjaan yang mencabar di seluruh dunia dengan masa kerja yang bebas, pendapatan yang menggalakkan dan peluang melancong yang meluas.

     

    .........................................................................................

    PROGRAM YANG DITAWARKAN:

     

    DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN

    Program yang ditawarkan di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti adalah Program Diploma Pengurusan Pelancongan. Ia digubal untuk membina tenaga pekerja yang berpengetahuan dan berketrampilan bagi melaksanakan tugas di dalam mana-mana sektor industri pelancongan. Skop program ini merangkumi elemen-elemen penting dalam disiplin pelancongan seperti pembinaan asas pengetahuan industri pelancongan, pengurusan, perakaunan, pemasaran, perancangan, interpretasi dan keusahawanan.

    Pendekatan gabung-jalin di antara latihan amali dan teori digunakan sepenuhnya dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan yang serba boleh dan berdaya saing. Program ini juga menawarkan latihan berdasarkan keperluan semasa dalam industri pelancongan seperti Pelancongan rekreasi, tempahan dan tiketan, Pengurusan MICE, Interpretasi, Komunikasi Interpersonal, Teknik Pemandu Pelancong, Pengurusan Agensi Pelancongan, Pengurusan strategik dan Perancangan Pelancongan.

    Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri pada semester 4 pengajian bagi membolehkan mereka menimba pengalaman kerja dan mendapat pengetahuan secara langsung daripada persekitaran pelancongan yang kompetitif.

     

    ...........................................................................................

     

    SYARAT KEMASUKAN

    1. Warganegara Malaysia
    2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut :-
      • Lulus Bahasa Melayu
      • Lulus Bahasa Inggeris
      • Lulus Sejarah
      • Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
      • Mendapat LIMA (5) kepujian daripada mana-mana mata pelajaran.

     

    TEMPOH PENGAJIAN

    3 Tahun (6 semester)

     

    PELUANG KERJAYA:

    1. Perniagaan Dalam Agensi Pelancongan
    2. Pemandu Pelancongan Bertauliah
    3. Pengurus Acara
    4. Pegawai Tempahan dan Tiketan
    5. Pegawai Rekreasi
    6. Pekerja Kaunter Hadapan
    7. Pendidik Pelancongan

    Organisasi Unit Pelancongan & Hospitaliti

    cik jan LIEW JAN FUI

    Email : liewjanfui@pmbs.edu.my

     

    pn imelda IMELDA ANAK RICHARD FUCHAU

    Email : imelda.richard@pmbs.edu.my

    en rossi

    ROSSI GUNDIE ANAK JULIUS

    Email : rossi@pmbs.edu.my

     

    pn jacq

    JACQUELYNE EKOT

    Email : jacquelyne@pmbs.edu.my

     

    en arif

    ARIFF SHAFIQ BIN HAMIDI

    Email : ariffshafiq@pmbs.edu.my

     

    en hanifMUHAMMAD HANIF BIN HASAN

    Email : hanif_hasan@pmbs.edu.my

     

    cik emilyn

    EMILYN AK NOGEN

    Email : emilyn@pmbs.edu.my

     

    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper